Saturday, August 7, 2010

Semakin Pupus di Telan Zaman..

MySpaceAssalammualaikum kawan-kawan...

Hari ini aku nak berkongsi rasa dengan korang..hurm..tajuk entri kat atas tuh macam serius jer kan...memang pun..actually aku nak berkongsi rasa mengenai sesuatu yang kita tak sedari ia berlaku kat sekeliling kita..

Kalau kita perhatikan disekeliling kita, kebanyakkan ibu bapa menitik beratkan soal pembelajaran kepada anak-anak di sekolah mahupun di rumah. Memandangkan zaman kita yang moden ini,kebangkitan idea-idea generasi muda kini amat penting untuk pertubuhan sesebuah negara.

Tetapi tanpa kita sedari, Setiap ibu bapa hanya mengfokuskan anak-anak mereka melalui subjek teras sahaja dan kurang menekankan mengenai ilmu-ilmu dan subjek yang berkaitan agama.Mungkin bagi sesetengah pihak mendakwa, ilmu agama hanyalah sampingan di dalam jadual pembelajaran anak-anak mereka walhal subjek agama itu sendiri wajib ditekankan untuk membentuk sahsiah diri anak-anak mereka.

Disini saya memberi situasi :
Mak Limah : Cik JAh..anak kamu dapat berapa A dalam SPM..?
Mak Senah : Cik Jah..anak aku dapat masuk Universiti Oxford..anak kamu..?

Kebiasaannya ayat-ayat diatas sering kali kita dengar. Masing-masing tidak mahu mengalah untuk membuktikan kehebatan anak-anak mereka. Tapi pernah tak terlintas untuk bertanya sedemikian seperti dibawah.

Mak Limah: Cik Jah..anak kamu dah berapa kali khatam AL-QURAN?
Mak Senah : Cik Jah..anak kamu dapat masuk Universiti Al-Azhar kat Mesir ke...?

Pernah tak sesiapa menyoal anda sebegitu..?Alhamdullilah..sejak akhir-akhir ini usaha rancangan televisyen telah berkembang baik menerusi ilmu-ilmu agama. Banyak stesen yang memaparkan kisah-kisah teladan,pembelajaran, dan sejarah islam itu sendiri. Aku sendiri bangga dengan penerapan yang sebegitu. Aku sendiri bukanlah insan yang sempurna tapi dalam proses pembelajaran..

Jika dilihat sekarang, di TV9 khususnya melancarkan Akademi Al-Quran, Mari Mengaji, Semanis Kurma, Al-kuliyah dan banyak lagi yang membolahkan kita umat islam menambah ilmu pengetahuan yang ada Mungkin ilmu  yang kita miliki sekarang kurang dan boleh di perbanyakkan. Mungkin juga sebagai alternatif untuk kita berdakwah kepada orang lain..Aku berharap agar rancangan ilmiah berkaitan agama akan diteruskan lagi serta dapat memberi manfaat kepada semua umat islam di Malaysia ini sendiri. Mudah-mudahan.
Amin.


p/s: sekadar renungan bersama..untuk diri sendiri juga yang masih lemah dalam pengetahuan agama..marilah kita sama-sama menambah ilmu didada....

2 comments:

RedBoys said...

Alhamdulillah.. semakin banyak sekarang stesen2 tv mengeluarkan rancangan realiti tv yg mengenai agama.. hope lebih banyak stesen2 tv akan mengeluarkan rancangan yang berbentuk keagamaan..

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

salam...betul tuh redBoy..huhu..mudah2an tak ditelan zaman kan...

semakin takut dengan apa yang berlaku didunia..amal juga masih xmencukupi..mudah2an umat islan terlindung dari bala siksa...

=)

Related Posts with Thumbnails