Thursday, August 5, 2010

cerpen : Aku seorang adik (part 2)

MySpaceAssalammualaikum kawan-kawan,


sambungan dari part 1,saper yang belum baca part 1 sila klik sini...lalalalla
teruskan membaca...hope enjoy..
xxxxxxxxxxxx

Kakakku lumpuh sebelah badan. Tidak tahu mana silapnya sehingga suatu hari dia menjerit kerana tidak dapat bergerak. Abangku pula, akibat kerap menangis akhirnya buta kedua-dua belah matanya. akulah saban hari menyiapkan pakaian dan menguruskan harian mereka.

"makan sikit abang, nih adik ada buatkan makanan kegemaran abang, masak gulai tempoyak, mari adik suapkan",kataku lembut

"aku tak nak..kau buang saja..aku nak mak yang masakkan",katanya sambil menjerit-jerit

"makanlah sikit abang..sedap ni..Mak kan dah tak ada abang..tak baik meratapi orang yang dah pergi..kesian kat mak dan abah..mesti diorang sedih tengok abg macam nih".aku cuba berlembut lagi.

"tak payahla kau nak kasihan kat aku..pandailah aku..aku hidup ke mati ke sama aje...",aku terus berlari ke dapur menangis teresak-esak mengenangkan semuanya. 

Apa yang berlaku dalam hidup aku,aku telan dengan sedalam-dalamnya. satu impian aku...aku akan kotakan dan ingin merubah segalanya. Aku mengambil buku bank simpanan aku. Duit pinjaman ketika aku belajar dulu masih tak terusik masih ada banyak lagi..

Ketika di Universiti aku sering mendapat dekan, dan aku telah mendapat biasiswa dan tak perlu membayar balik wang yang aku pinjam ketika aku membuat loan MARA. Alhamdullilah bersyukur sangat. Duit sara dirinya hanya sedikit yang aku guna..selebihnya aku simpan dan tidak berusik..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Satu hari aku pergi ke hospital menguruskan segala keperluan abang dan kakaku, seperti ubat dan sebagainya. Aku berjumpa doktor Khalid untuk meminta pendapat..

"assalammualaikum doktor,maaf kalau saya ganggu doktor:",aku memula mukadimah

"waalaikumussalam, masuklah Adila. ada apa-apa yang boleh saya bantu",ujarnya sambil tersenyum

"erm...Saya nak tanya doktor sesuatu itupun kalau doktor tak keberatan meluangkan masa sekejap", ujarku pula. Segenap tubuhku merasa sejuk..dalam hatiku berdetik..mampukah..?

"silakan...",balasnya.

"adakah penyakit yang dialami abang saya akan sembuh..?begitu juga kakak saya..?",aku memandang penuh berharap.

"Insya-allah, dengan izin Allah. sebenarnya penyakit kakak awak tuh boleh sembuh jika dia mengikuti kimoterapi dekat sini, cuma saya boleh andaikan dalam 70% untuk sembuh. selebihnya mengikut semangat dan kerajinan beliau berusaha. ermm...jika abang awak pula, di sebabkan matanya sudah lama tidak digunakan dengan cara yang betul maka memerlukan pembedahan mengantikan matanya. mungkin kosnya agak mahal ",ujarnya sambil tersenyum

"berapa agaknya kos rawatan tuh doktor..?",aku mula berasa lega..ada harapan,detik hati kecilku.

"dalam Rm35 000..kenapa?"doktor mengerutkan kening, hairan dengan tingakah adilla

"doktor, saya sudah ada wang untuk mendapatkan rawatan tuh semua dan saya nak buat wasiat kepada doktor untuk menggunakan mata saya untuk abang saya..begitu juga kakak..saya sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka",ujarku bersemangat

kelihatan doktor Khalid menganggukkan kepala. sambil menulis sesuatu di dalam buku notenya. Beliau memberikan borang kepada aku untuk aku mengisinya.Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada beliau. Sejurus selepas itu aku pulang ke rumah dengan senyuman.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

bersambung.........

p/s: jika belum membaca part 1 klik sini

4 comments:

Anonymous said...

tahniah.. satu story yang menarik.. xsabar nak baca past seterusnya... :)

-MissEry-

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

haha..ea ker..?part 1 dah bcae..??huhu..ingt nk abiskan mlm nih gak...tgk la cmner t..huhu..
^_^

Anonymous said...

part 1 dah baca dah.. mestilah baca dari awal.. serius best.. two thumbs up.. xkiralah habiskan bila, tapi slow2xx buat keyh.. biar lama asalkan berkualiti.. kalau buat lama tinggalkan link untuk chapt 1 dan 2 tu keyh... :)

-MissEry-

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

okeyh..mr.ery..hehhe....sangat suke..haaha..sjer jerk....buhsan2..memang dah lama nka wat novel tp tak kesampaian...
=)

Related Posts with Thumbnails