Tuesday, February 28, 2012

perasaan terpendam dan terendam akan mengubah menjadi dendam..

0 Jom komen-komen
Assalammualaikum,

Apa khabar sahabat2 lame..huhu..dan blogger yang lain. Memang hampir 3 bulan arisa tak menghapdet blog.

Huhu..rindu sangat2 kat blog kesayangan cuma tak ada masa nak menghapdetnya..Al-maklumlah,kerja yang menimbun2..

Ok..kite stop pasal nih..arisa ade sesuatu yang ingin diluahkan. Entahla..mungkin luahan rasa hati arisa.

Arisa dibesarkan oleh atuk dan nenek selepas kematian arwah ibu arisa. Memang terasa sayu sangat3.yela orang yang paling rapat ngan kita kan.

Entah kenapa,sejak kehadiaran arisa dalam keluarga belah arwah ibu, mereka seperti tidak menyukai.
Arisa dapat lihat cahaya kebencian pada wajah mereka.

Mungkin arisa je yang rasa begitu..?mungkin..?atau mungkin mereka tidak suka dengan cara atau tingkah laku arisa. banyak jugak kebarangkaliannnya.

Sekarang, arisa da menginjak usia 23 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua *haha..perasan sikit nk mude*

Apa yang arisa rasa sekarang, sayu, sedih dan pedih..Apa yang arisa buat kat rumah tersebut langsung tidak indah pada pandangan mereka.

Setiap barang yang arisa beli, tidak disentuh, malah dijamah sekali pun. Mereka sanggup membeli lain dan memasak lain untuk makan.

Tipula arisa tak rasa sedih dengan apa yang berlaku. Mungkin arisa ade melakukan kesalahan yang besar sehingga mereka tidak ingin memaafkan arisa.

Sudah hampir sebulan lebih arisa tidak bertegur sapa dengan mereka. Bukan kerana ego atau apa,..

Bukan tidak mahu menegur..arisa dah cuba menjernihkan keadaan, tapi mereka tetap begitu..mendiamkan diri.

Maafkan arisa ye nenek dan atok andai ade kesalahan besar yang arisa buat sehingga tiada kemaafan dari kalian.

Arisa hanya mampu berdoa agar pintu hati mereka terbuka untuk memaafkan arisa suatu hari nanti. Dan arisa nekad untuk membawa diri dari rumah tersebut.

Mungkin arisa patut mengalah.Betul tak??

Ada sesiapa tahu apa yang harus arisa lakukan sekarang????

p/s: semakin buntu dengan ujianNYA.. ~_~
Related Posts with Thumbnails