Friday, August 6, 2010

cerpen : Aku seorang adik (part 3)

MySpaceAssalammualaikum kawan-kawan....

Sebelum ini aku ada wat cerpen Aku seorang adik..mungkin ini last part..sapa yang tak baca lagi part 1 and part 2..klik kat part 1 and 2 tuh....so...hope enjoy...

*part 1
*part 2
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Angin malam yang bertiup kenyang membuatkan aku berasa nyaman sekali. Aku membuka tingkap kayu yang usang itu. Aku menyaksikan panorama indah di dada langit. Sangat indah ciptaan yang ESA. Cukup sempurna jika sesiapa yang melihatnya.

Selesai usai solat isyak, aku melihat jam menunjukkan angka 9.40 malam. Aku tersenyum, aku perlu lakukan sesuatu. Aku memandang gerobok usang yang betul-betul terletak belakang pintu bilik aku.

Lantas aku bangun dan mencari sesuatu. Akhirnya aku puas. Aku berjaya menemukan buku akaun simpanan aku. Aku tersenyum lagi. Aku berharap agar keadaan akan seperti dahulu. Apa yang aku mahukan abang dan kakakku dapat melakukan pekerjaan mereka dahulu.

Aku ingin sekali melihat abang meneruskan cita-citanya sebagai peguam terkenal, begitu juga kakak kesayangan aku, aku teringin melihat dirinya kembali bersemangat ketika menjadi seorang pendidik di kampung ini.

Sungguh aku rindukan saat dahulu walaupun seribu kepahitan aku telan. Aku akan cuba melakukan sedaya-upayaku. Biarlah aku dapat melakukan segalanya meskipun nyawaku jadi galang ganti. Itu janjiku.

aku beredar ke kamar peraduan kakak. aku duduk sayu melihatnya.Nyenyak sungguh kakakku tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Perlahan-lahan aku mengusap rambutnya. sambil berkata perlahan, aku khuatir kakak terjaga.

"akak..adik sayang akak sangat-sangat. Adik sanggup buat apa sahaja untuk akak. adik janji akan buat akak dapat jadi cikgu macam dulu-dulu. itukan cita-cita akak. Adik janji akak. insya-ALLAH. ALLAH dengar luahan isi hati adik nih.DIA kan MAHA MENDENGAR setiap rintihan hamba-NYA"

lamtas aku kucup dahi kakakku. Sesaat kemudian aku melihat seperti kakak bergerak. mungkin terasa terganggu barangkali. pantas aku berlari keluar. Setitik demi setitik air mataku tumpah. Pilu melihat penderitaan kakakku.

aku ke kamar peraduan abangku pula. aku melakukan hal yang sama. aku tetap berbicara keseorangan walhal aku tahu hanya aku sahaja mendengarnya.

"Abang, maafkan adik andai selama ini adik melakukan banyak kesalahan pada abang. Adik ingin sekali melihat abang yang dulu. Abang yang periang, tegas, penyayang dan abang yang tak lokek dengan senyuman pada semua orang. Abang, adik betul-betul akan menolong abang sedaya-upaya adik. sebab adikkan adik abang. adik akan pastikan abang dapat lihat semula. itu janji adik.. adik sayang abang dan akak."

Sebaik menghabiskan ayat itu aku terus melangkah ke kamar peraduan aku. Aku perlu bangun awal untuk menyelesaikan misi aku esok. Moga hari indah menemui aku esok hari.

xxxxxxxxxxxxxxxx
Akhirnya segalanya selesai. Aku memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi dengan izin-NYA aku dapat melepasi semua prosedur dengan baik.

Aku berfikir sejenak, hari ini hari germbira buat aku. Aku perlu masak sesuatu yang sedap untuk kakak dan abangku. Masak lemak cili api dan ayam masak kari antara makanan kegemaran mereka. Lantas aku melangkah laju menuju ke pasar  berdekatan.

Tiba-tiba aku disapa seseorang.

"Kau adilla kan..?"
"Haah...eh, kau Jiha kan..wah...dah lain sekarang..", balasku terkejut dengan pertemuan yang tak disangka.

"kau buat apa sekarang..?",balasnya pula.
"aku..?tak buat apa,kerja sambilan kat kampung nih..kau semakin cantik lah..cemburunya aku..haha",ujarku sambil ketawa mesra.

"tak adalah. biasa aje..aku rindu kaulah..",kata Jiha seraya merangkul kemas aku dalam pelukannya.

"isk...lepaslah..malu orang tengok..aku pun rindukan kau..jom teman aku pergi pasar boleh cerita panjang",ujarku pula.

"haa..yelah..jom...", pantas mereka mempercepatkan langkah menuju ke destinasi.

Setibanya diperkarangan rumah, mereka masih tertawa gembira. Mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa kerana faktor kesibukkan Jiha yang bekerja di Pahang sebagai salah seorang CEO syarikat terkemuka.

"Jiha..alang-alang kau dah kesini aku nak minta tolong 1 perkara lah...kau boleh simpankan surat ini tak untuk aku..nanti kau sampaikan pada abang dan kakak aku...", aku memulakan mukadimah.

"eh..bukan dorang ada kat sini ke..?kaulah bagi..",ujarnya pelik dengan tingkah laku aku.
"bukan sekarang, nantilah..bila aku dah tak ada nanti..",aku tersenyum sebaik berkata demikian.

"kau nak pergi mana..?isk..buat aku sayu semacam jer..", balasnya sambil memegang tanganku.
"tak kemana...aku rasa mungkin nak pergi jauh..", ujarku lagi sambil tersenyum
"oh..kau nak pergi cari kerja baru eh..?la....camtuh pulak..haa..yelah..nanti aku sampaikan. lagipun aku kat sini cuti sebulan boleh la..sementara ada masa ni."

Terus aku memeluk Jiha yang satu-satunya kawan baik aku semenjak kecil lagi. "thanks sahabat...sayang kau dunia akhirat...", sejurus kemudian air mataku tumpah lagi. Aku peluk kejap sahabatku seperti tidak mahu melepaskannya.

"oklah..aku balik dulu..apa-apa mesej je aku ye..daa...asssalammualaikum",ujarnya seraya meninggalkan aku keseorangan di halaman rumah.

satu amanah sudah terlaksana. aku tersenyum sendiri.
aku terus melangkah ke dapur meneruskan persiapan makanan tengahari.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

3 bulan kemudian......

Kakakku sudah pulih sedikit demi sedikit. Hasil rawatan kimoterapi dan usahanya untuk kembali seperti dahulukala meningkatkan prestasi tubuhnya.Kakak sudah boleh berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat. Akulah orang yang paling gembira.Aku masih merahsiakan kos pembiayaian rawatan itu. Apa yang aku katakan ada seorang yang baik hati menderma kepada keluarga kami.

Abangku pula ketika ini masih dihospital untuk rawatan susulan. pembedahannya akan berlangsung hujung tahun ini. Aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T segala hajat aku hampir termakbul. Aku pula, sebaik sahaja semuanya termakbul aku akan membawa diri.Kemana..?destinasinya masihtidak ku tahu.

Malam itu aku bertafakur diatas sejadah. Lama. Aku bermuhasabah diri. Mengingati mati dan hari mendatang. Betapa kerdilnya aku disisi-MU YA ALLAH. Lantas aku menyusun segala solat sunat. Aku mulai dengan solat sunat Taubat dan diakhiri solat sunat hajat. 

Akhirnya aku tertidur di atas sejadah.

Keesokkannya aku mendapat panggilan dari hospital. Bergegas aku menyiapkan diri selepas memberitahu kakakku untuk ke hospital. Buat pertama kali dalam hidup aku, kakak tersenyum dan mencium pipi aku selepas bersalaman dengan aku. Syukur YA ALLAH Kau memberiku nikmat kasih sayang akhirnya.

Dalam perjalanan ke sana aku menaiki basikal kepunyaan aku suatu ketika dahulu. Basikal yang banyak berjasa kepadaku ketika zaman persekolahan. Aku mengayuh laju dan tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta jenis AVANZA laju memasuki laluan aku..

aku tidak dapat mengawal keadaan akhirnya aku terpelanting ke bahu jalan. Aku terasa darah pekat mengalir di segenap tubuhku. Aku cuba untuk berdiri tetapi tidak berdaya akhirnya aku tidak sedarkan diri.

xxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku di tempatkan di ICU. Aku tidak dapat bergerak. Badanku lemah. Hanya bacaan yassin yang sayu kedengaran disisiku. Aku cuba mengenali suara itu. Kakak..?adakah suara kakak..?Jika benar, ingin sekali aku membuka mataku. Nafasku semakin perlahan. adakah sudah sampai ajalku. Tiba-tiba aku terdengar 1 bunyi bip yang panjang... Oh tuhan, petanda apakah itu?Ajalku semakin hampir menjemputku pergi dengan serta-merta..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Beberapa bulan kemudian, 

Kawasan perkuburan sejangkang sunyi sepi. Hari raya aidilfitri yang sepatutnya indah kini bertukar dengan tangisan.

Ramai ahli keluarga menziarahi kubur keluarga terdekat mereka. Sayu kakak dan abang memandang pusaraku.

"Terima kasih adik..pengorbanan adik cukup besar untuk kami berdua. abang bersyukur mempunyai adik seperti adik. Tapi abang bodoh, abang tak mengenali adik dengan lebih dekat. abang tak pernah selami hati adik. kami buat adik seperti orang luar. Abang akan jaga amanah adik. Mata adik akan abang gunakan sebaik-baiknya.terima kasih adik. adiklah adik abang dunia akhirat. Maafkan kami melayan adik sebegitu kejam.", tangisnya sambil memegang batu nisan yang terhias indah dipusaraku.

"akak pun sama adik.. maafkan akak adik.maafkan akak melayani adik dengan kasar. adik masak memang sedap. adik pandai ambil hati kami tapi ego kami mengatasi segalanya adik..maafkan kami. di Hari Raya yang mulia ini akak maafkan segala kesalahan adik kepada kami malah adik tidak pernah sekalipun menyakiti hati kami. tenanglah adik disana...", ujar kakak pula sambil menahan esak tangisnya.

Tiba-tiba kakak dan abang disapa oleh kawan baikku,Jiha. 

"assalammualaikum, Jiha minta maaf pada akak dan abang tapi ini ada surat dari arwah sebelum dia meninggal dunia. ambillah..amanah arwah pada Jiha dah selesai..Jiha pergi dulu"

" kehadapan buat kakak dan abangku,
Pertama sekali adik nak memohon seribu kemaafan pada akak dan abang jika ada buat silap dan salah selama membesar bersama. hehehe..macam hari raya pulak kan. akak dan abang jangan sedih tau, adik sayang sangat kakak dan abang. Mungkin masa abang dan akak baca surat nih adik dah pergi jauh..

adik nak cari kerja untuk bantu akak. jika itu kesempatan yang adik ada. Tapi adik rasa sayu sangat ketika adik tulis surat ni..macam adik nak tinggalkan dunia..hehe..apalah adik  nih fikir bukan-bukan. 

Akak dan abang jaga diri baik-baik ye.adik ada sesuatu nak bagitau akak dan abang. nama akak dan abang adik dah daftar pada tabung haji. insya-allah, hujung tahun depan nama abang dan akak naik. pasal simpanananya adik dah buat segalanya untuk akak dan abang. akak dan abang tinggal angkat beg dan sediakan peralatan dari sini dari segi rohani dan jasmani.

Akak dan abang jangan risau ye adik pergi tak lama. nanti adik baliklah. Yang pasti suatu hari nanti pasti kita akan berjumpa dengan izin-ALLAH. Akak jangan lupa rajin melawat kubur mak dan abah ye. adik takut tak sempat pula..sampaikan peluk cium adik kat dorang ye dan sedekahkan yassin untuk adik juga. untuk kesejahteraan adik disini.

Terima kasih selama ini jadi kakak dan abang yang penyayang pada adik. Adik nak abang dan kakak jadi insan yang sentiasa taat pada perintah ALLAH dan sentiasa melakukan amalan yang baik. Selagi boleh berbakti kepada masyarakat dan agama selagi itu adik sentiasa merestuinya. 

panjang pulak surat adik, jaga diri ye kakak dan abang.
adik pergi dulu....jangan lupakan adik..ADIKKAN ADIK KAKAK DAN ABANG..sayang kalian berdua.

salam rindu, 
Nur Adilla binti Ehsan. "



Terjelepok abang dan kakak selepas membaca warkah terakhir dariku. Hujan pula turun dengan lebat seperti menangisi permergian aku beberapa bulan yang lalu.Pohon kemboja melambai lembut dengan angin yang mendamaikan menyaksikan drama dunia yang tiada noktah ceritanya.

~TAMAT~
xxxxxxxxxxxx
Thanks for reading..

1 comment:

kucokelat said...

dah bace semua.. part1 part2 part3 ..
bestt

Related Posts with Thumbnails