Thursday, August 5, 2010

cerpen : Aku seorang adik.. (part 1)

MySpaceAssalammualaikum kawan-kawan...

Hari ini tiba-tiba terasa nak tulis cerpen huhu....jom ikuti cerita aku....

xxxxxxxxxxxxxx

Semalaman aku bermandian peluh membanting tulang empat kerat aku melakukan pekerjaan ini. Bukan aku tak mampu bekerja dibandar. Bukan aku tidak mempunyai ijazah, malah aku boleh dapat gaji dan jawatan yang lebih besar jika dilihat kelayakkan aku,tapi aku lebih rela bekerja di kampung tinggal bersama kakak dan abangku.

Sejak kecil aku seperti di anak tiri kan oleh kedua orang tuaku, apatah lagi oleh kedua abang dan kakakku. Sedikit pun aku tidak mengeluh malah mereka masih memberi  aku makan, pakaian dan tempat tinggal.

Setelah beberapa tahun berlalu, dan aku sudah mendapat tawaran belajar di Universiti yang terbaik di Malaysia, sedikit pun mereka tidak mengabaikan keperluan aku disana cuma layanan mereka kepada aku seperti aku bukan ahli keluarganya. Tipulah andai tidak terdetik rasa sedih dan kecewa kerana mereka berfikiran  begitu, tapi aku kuatkan hati dan semangat.

Sehinggalah aku berjaya di menara gading dan berjaya mendapat pekerjaan baik. Tetapi sejak kedua orang tua aku meninggal dunia, hidup kakak dan abangku berubah. abangku seperti hilang kewarasan. Hari-hari meratapi  pemergian mereka. 

Begitu juga kakakku, sehingga mereka berdua mendapat penyakit yang agak kronik dan perlukan pembedahan segera. Kerana itulah aku nekad untuk membantu mereka. Biar pun layanan mereka terhadap aku kurang mesra sekali.

" adik..mari sini cepat siapkan makanan..aku dah lapar sangat ni",jerit kakak kepadaku dihalaman rumah ketika aku sedang membakar hampas kelapa yang ku kupas tadi

"baik akak,sekejap ia..adik nak habiskan membakar ni sekejap", balasku.
"cepatlah,kerja yang tuh tinggallah dahulu",balas kakak dengan suara yang keras.

aku terus meninggalkan segala kerjaku dan memadamkan api itu dengan segera dan menyiapkan makanan tengaharinya.

::diambil dari google::


bersambung.......

p/s: agak2 korang nak sambungan ke tak..??

No comments:

Related Posts with Thumbnails