Assalammualaikum kawan-kawan..
Selamat berisitirehat kawan-kawan...sekarang angka jam menunjukkan angka 21.14 pm..tiba-tiba hati aku terasa nak hapdet luahan isi hati yang dah lama sangat terpendam dan terendam..huhu..bukan kisah jiwang ye..ini kisah aku yang nak buat transformation..haaa..transformation aper ye..?
Sejujurnya aku nih masih belum puas untuk freehair...tipulah aku katakan aku tak pakai tudung langsung..aku pakai..cuma ader seteng-seteng tempat aku tak pakai..aku akui memang wajib seorang perempuan menutup aurat terutamanya makhkotanya yang cantik tuh yang hanya untuk tatapan sang suami dan mahramnya sahaja....
Aku masih cuba untuk berubah dan melakukan yang terbaik..thanks kepada yang menasihati aku tak kiralah dari blogger atau juga kawan-kawan..dan yang paling utama keluarga aku..Aku akan cuba berubah tapi bukan secara drastik..secara perlahan-lahan..
Bagi aku..sekali aku dah memakai tudung biarlah dengan kerelaan hati dan kerana ALLAH S.W.T..aku semakin bersedia...cuma menunggu masa sepenuhnya untuk aku melakukannya...Tiada yang terbaik dilakukan selain cuba merubah diri sendiri jadi yang terbaik..betul tak..?
Aku harap bila aku dah betul-betul bertudung dengan sempurna...aku dapat membuatkan diri aku lebih tenang dengan perubahan diri sendiri..doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan...
bukan senang untuk menjadi baik...dan bukan susah untuk menjadi jahat...ye tak..??
Oklah..selamat malam semua...aku nak sambung buat assignment....
thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment