Monday, September 6, 2010

Derita hati...???

MySpaceassalammualaikum kawan-kawan...

Derita hati..

Tatkala senja berlabuh..
terdengar lagi kicauan burung yang bebas diangkasa..
Mencari-cari jalan pulang..
Bersama hujan renyai yang kian surut di dada langit..
Angin syahdu bertiup lembut menghelakan 1 nafasnya 
yang nyaman...
 
*tersenyum lemah*

Disini...
Seorang gadis terbaring lesu..
Selemahnya menahan sesuatu..
Sesuatu yang dirasakan sangat berat..
 untuk dirinya dan kudratnya..
menanggung kesakitan yang baru saja menular..
disegenap saraf tunjangnya..

Pandangannya  kabur..
cuba untuk menghayati keindahan tuhan..
memfokus...
sekali..dua kali...mencuba lagi..
hanya garisan berbalam-balam di titik fokusnya..
nafasnya mendesah kasar...
Ingin memuntahkan kesakitannnya..
tapi tidak berdaya...
lalu di amati potret lama di dalam kamarnya..
*sigh*

Azan magrib berkumandang jua.
Makanan di meja hanya di pandang sepi..
Tiada sapaan..mahupun jagaan..
Dari insan yang disayangi..
dikasihi...dirindui..
dicapainya, disuapnya sendiri..
Rezeki tuhan perlu di hargai..
waima hanya sekeping roti..

Suasana Raya semakin dirasai..
kenangan mula menerjah sedetik di memori..
lagu-lagu raya berkumandang diradio..
dibiarkan menyapa halwa telinganya
sedangkan hati merintih pedih..
bersama linangan air mata yang lirih...
*sigh*
salam aidilfitri buat teman-teman sekalian...semoga hari yang bakal menjelma memberi seribu keberkatan dan kemulian semua umat islam didunia...insya-allah..

kisah diatas tidak ada kena mengena dengan penulis atau keluarganya..
Hanya titipan luahan rasa.....

4 comments:

AiDa AzRyN said...

Selamat Hari Raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.. ^^

Khumaera Ismail said...

camat ari rayer dik... :)

.s.o.f.i.a. said...

selamat hari raya sist!!!!

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

selamat hari raya semua..
^_^

Related Posts with Thumbnails