Saturday, April 24, 2010

Oh..Mat Spedo...


Hari ini aku nak mengupdate dengan entri baru bertajuk MAT SPEDO..Semestinya korang semua pernah dengarkan pasal MAT SPEDO ni..kalau yang masih tertanya-tanya apa itu MAT SPEDO..aku terangkanlah sikit ea..ok..MAT SPEDO nih  lelaki yang mendampingi wanita hanya untuk kepentingan dirinya..tak kisah lah dari segi kewangan atau apa-apapun..atau nama saintifiknya PISAU CUKUR tapi bagi lelaki lah..


Memang agak sukar kita nak mengenalinya..sebab lelaki yang tergolong dalam MAT SPEDO nih pandai berpura-pura dan memainkan wataknya..kalau diberikan anugerah perlakon terbaik, MAT SPEDO ini akan merangkul anugerah paling banyak..siapa sangka dengan mempunyai watak dan wajah yang tampan ala-ala tom cruise,maka dengan senang semua wanita akan jatuh hati dan percaya dengan setiap butir ayat yang keluar dari mulut mereka..

Kebiasaannya mereka nih mencari mangsa yang terdiri dari wanita dalam golongan berada,kerana bagi mereka lagi senang untuk mengikis dan menjalankan kerja mereka dengan jayanya.. Apabila mereka sudah mendapat kepuasan dari setiap wanita yang dikikisnya maka dengan senang hati meninggalkan wanita tersebut yang pada mulanya dimaniskan dengan ayat-ayat cinta palsu..jadi AWAS semua wanita diluar sana...jangan menilai seseorang dari segi luaran..memang pada dasarnya lelaki tersebut nampak baik..tapi dalam diam-diam mereka memasang jerat..
http://emo.huhiho.comTips-tips mengenal pasti MAT SPEDO:
  1. Berpakaian kemas dan kebanyakkan barangannya branded
  2. sentiasa mengajak makan di tempat-tempat mewah pada mula perkenalan,kemudian akan menyuruh anda membayar makanan tersebut
  3. sering lupa membawa dompet atau wang sebagai alasan
  4. pandai memujuk rayu dalam soal wang
  5. sentiasa mengikut kemahuan anda asalkan segalanya ditanggung oleh anda.
  6. Sentiasa mencari port yang baru kerana takut mangsa-mangsa yang lain nampak anda dengannya.
http://emo.huhiho.com
Inilah antara-antara tipsnya...ini adalah andaian aku..jika silap sila betulkan..maklumlah aku masih mengkaji tentang MAT SPEDO nih..korang yang diluar sana terutamanya wanita..sentiasa berwaspada pada ayat-ayat manis lelaki..walaubagaimanapun tak semua lelaki macam itu ok..terpulang pada diri  masing-masing untuk menilainya...

Thanks for reading...huhu....

p/s:pernah mengalami..korang lak?harap orang tuh cepatlah sedar..



3 comments:

Fendy TZM said...

uiiii.. sangat menakutkan.. dah lew andy ramai peminat lelaki.. awwww.. kena berhati-hati nie lepas nie.. hahaha..

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

hahaha...alamak..andy ader peminat laki ke.hahaha..pelik2..kne jg la pasnih..huhu..

Anonymous said...

lelaki spedo barang besar dol isul isul

Related Posts with Thumbnails