Tuesday, October 19, 2010

Dugaan Minggu ini..

Assalammualaikum dan selamat petang kawan-kawan..

Tatkala menaip untuk entri ini..air mata laju merembes keluar dari celah-celah mata...kerana apa..?kerana aku tak kuat untuk hadapi dugaan yang datang serentak dalam minggu ni...aku bingung..sedih..kecewe..gembira dan sakit.....


perkara yang mengembirakan aku apabila aku bertemu dengan papaku setelah hampir 18tahun tak bertemu...dari aku kecik berumur 4-5 tahun sampai dah menginjak ke 21 tahun...barulah sekarang aku berpeluang berjumpa dengannya...tapi setelah kematian arwah ibuku 3 tahun yang lalu...sebagai seorang anak..tipulah aku katakan tak merindui kasih seorang ayah..

Aku memang rindu sangat dengan papa..dulu tengok gambar jerk...tapi sekarang..bila berjumpa..aku tak tau nak buat apa..marah..kecewe dan sakit hati masih ada...siapalah aku untuk menolak takdir tuhan...sesungguhnya ada hikmah yang berlaku..

Dalam kegembiraan dapat bertemu kembali dengan Papa...aku terpaksa pula berhadapan dugaan yang paling aku tak sangka...orang yang aku cintai mula menipu dan mempunyai insan lain...hati perempuan mana yang tak sedih...disaat nak berkongsi kegembiraan ni..dia pula bawak berita yang menyakitkan..YA allah..pedihnya hatiku...aku tak kuat terima ujianMU..

Minggu ni aku terpaksa berhadapan dengan presentation projek..projek pula masih dalam proses....banyak yang perlu aku lakukan dan perbaiki...bila jadi macam ni..aku tak kuat nak hadapi lagi..aku dah rasa give up....Ya allah..kenapa kau memberikan dugaan disaat aku mendambakan kebahagiaan...hanya air mata yang mampu mengurangkan kesakitan hati.....Kuatkanlah hambaMU ni Ya Allah.....


sejak kelmarin..air mata jadi peneman tidurku........sabarlah wahai hati..insya-allah..aku akan bertemu pelangi indah esok hari..AMIn...
:gambar tak de motip..ehsan atok google..::

7 comments:

A Fans of Lee Family said...

sabar yea arisa...
Qaseh masih ad walau jauh..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam..
nape nie dik?
ape ur boy wat kt u..
huhu~sbr ea dik..jgn sedih2..mungkin ade hikmah sume nie blaku..
be strong k..

Nora Shahaira said...

adik jgn terlalu fikirkan yang sedih2...bila susah hati kembali kepadaNya..itu motif kita diberi dugaan..mungkin Allah rindukan air mata keinsafan dan taubat kita..

Allah dah permudahkan adik dgn ditemuikannya dgn papa adik..adik jgn lupa..dia wali adik nanti, jgn jadi mcm akak, turun naik mahkamah sebab tak de wali, dan nak mohon wali hakim walhal pakcik masih ada..tp tak dpt ditemui

Bersyukur kerana Allah bukakan mata adik dgn kecurangan dia..sanggupkah adik terus bercinta dgn dia..walhal dia terus menipu adik di belakang..

bila kita berfikir itu semua..kita tak rasa itu semua dugaan..itu adalah hikmah untuk kita lebih bahagia di masa hadapan...

maaf..terlalu pjg berceloteh..

Nora Shahaira said...
This comment has been removed by the author.
yanamib said...

berat mata ni membc entry yu, mesti lg berat yg yu pikul...sbr k...

klu ai just menangis je..lps menangis amek wudhuk..mmg release sket mslh yg kita pk..."Allah xkan bg ujian yg hambaNya tak mampu nak pikul.." =)

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

thanks semua bagi semangat pada arisa..ermm...memang berat dugaan yang nak diterima tapi betullah...semua tu allah bagi utk menguji hambanya....mudahan2 segalanya dipermudahkan cepat...

Lulu Caldina said...

awak kuat! semoga tabah..

Related Posts with Thumbnails