Wednesday, October 6, 2010

-PETUA IMAM SYAFIE-

Assalammualaikum kawan-kawan

Hari ini aku macam tertarik dengan 1 ilmu dan amalan yang amat berguna buat semua umat islam..aku tertarik nak berkongsi dengan korang semua..kalau pasal dakwah ni tak salahkah kita berkongsi walau satu ayatkan..??huhu..jom ikuti petua IMAM SYAFIE yang aku dapat dari FB seseorang nih...menarik....jom..


  • Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
  • Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
  • Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
  • Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
  • Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR
 1. TIDUR PARA NABI- Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH- Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA- Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN- Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

mudah-mudahan kita dapat praktikan dalam kehidupan seharian kita...banyak sebenarnya yang kita tak tahu dari yang tahu kan..Subhanallah...renung-renungkan dan selamat beramal..salam buat semua...adios~!

2 comments:

aque said...

nice share :)

Aniza said...

thanks.. perkongsian yang baik sekali! :)

Related Posts with Thumbnails