Pertama sekali aku nak memanjatkan sepenuh kesyukuran kepada ALLAH S.W.T bahawa hari ini aku masih bernafas di muka bumi-NYA. Aku masih layak meneruskan kehidupan seterusnya dan melakukan kerja seperti biasa.
Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Kadang-kadang kita mengeluh dan merungut, tapi kita tak tahu disebalik rungutan dan keluhan kita didengari oleh ALLAH S.W.T. Kita tak sepatutnya merungut seperti kita menyalahkan takdirnya yang telah termaktub di loh mahfuz lagi..Astagfirullahazim...
Ini terjadi kepada aku. Aku kerap merungut dan mengeluh..kenapa semua ini terjadi pada aku..?kenapa?
Disaat kita sedih, ALLAH yang lebih dekat dengan kita. Mendengar rayuan kita..ketika inilah barulah menyedari bahawa kekuasaan ALLAH S.W.T lebih dari segalanya.. Aku bukan hambanya yang tahu erti bersyukur..Masya-ALLAH,hamba jenis apakah aku..?
Saat aku kehilangan orang tersayang,iaitu Ibuku..aku salahkan takdir..kenapa tidak aku yang diambil-NYA..kenapa ibuku..??Benarlah sesungguhnya segalanya ada hikmah-NYa..Tuhan ingin memberi kesedaran kepada hamba-NYA seperti aku, agar tahu nilai kehidupan, kasih sayang, ketaatan dan kepatuhan kepada-Nya.
Tapi kenapa aku masih lalai mengerjakan suruhan-NYA? Masih terhibur dengan duniawi yang sementara...?"Ya ALLAH,kau ampunilah hamba-MU ini, berikanlah aku kesedaran ke jalan-MU..Bimbinglah aku mengikut lorong-lorong cahaya-MU..Jadikanlah aku hamba-MU yang tabah menghadapi segalanya. Kuat untuk teruskan perjuangan hidup berlandaskan syariat-MU.Sesungguhnya KAU lah MAHA PENGAMPUN LAGI
MAHA PENYAYANG"
Aku berharap agar hidupku sentiasa diberkati ALLAH dengan hendak-NYA..AMIN
p/s: mengingati asal kejadian dan terlahirnya aku didunia..merasakan bahawa semakin kerdil diri aku disisi-NYA. Subhanallah...
No comments:
Post a Comment