Wednesday, March 10, 2010

"sAya cintakan awak kerana Allah.."


Hari ini aku tiba-tiba mendapat ilham untuk membuat cerpen..marilah kita hayati bersama..harap korang semua "enjoy" menghayatinya...jom..!

*************************************

Aku mengusap perutku yang makin membengkak..kandunganku sudah cukup 9bulan,hanya tunggu masa untuk mengeluarkan isinya.Benih cinta yang ku semai sejak setahun lalu bercambah dengan baik dan membibitkan rasa sayangku yang mendalam kepada suamiku,Khalif Hafifi.

Seorang lelaki yang aku kenal lebih 26 tahun dahulu ketika aku masih berada di darjah 3.Dialah sahabat baikku,dialah teman hidupku dan dialah suamiku.Aku meletak pen dan kertas yang siap aku karang sebentar tadi.Terasa seperti satu cucukkan kuat dirahimku.."YA ALLAH"
hanya itu yang mampu aku ucapkan dalam menahan kesakitan yang begitu perit. Setitik demi setitik air mataku jatuh ke pipi.Terimbau kenangan dan kisah silam di ingatanku..

*************
(20 Tahun yang lalu)


"Khalif,cepatlah..lambatlah awak ni berjalan,macam siput..kita nak kena hantar kerja kursus ni cepat!karang cikgu Rabiah tak nak terima lepas pukul 2.00 petang"..
aku menarik beg sekolah Khalif dengan cepat.Langkah ku hayunkan dengan pantas..

Khalif terkial-kial membuntuti Farisya Nabilah."Boleh tak awak jalan perlahan sikit,semputlah saya..cikgu tuh tak lari la,lagipun bukan jauh pun kelas kita dengan bilik guru.."Khalif hanya tenang melangkah mengikuti gerak langkah Farisya Nabilah.setibanya di bilik guru,mereka berdua menghantar kerja kursus tepat pada masanya.

Renungan guru kelas mereka menjadi sengehan yang panjang oleh Farisya Nabilah."Nasib baik kamu berdua hantar tepat pada masanya,isya..jangan nak tersengeh-sengeh aja,cikgu nak kamu berdua tingkatkan usaha untuk SPM nanti.cikgu tahu kamu berdua memang pelajar pintar tapi itulah masalahnya,suka melambat-lambatkan kerja".kata cikgu Rabiah panjang lebar..
"baik cikgu".jawab kami serentak dan terus keluar dari bilik guru dengan perasaa lega.

SPM semakin hampir,aku dan Khalif semakin rajin menelaah pelajaran.target kami untuk belajar diluar negara.itu janji kami pada diri sendiri..Hari yang ditunggu pun tiba,aku dan Khalif dapat melakukan yang terbaik dan akhirnya keputusan aku dan Khalif amat cemerlang tetapi Khalif lebih bernasib baik kerana menjadi pelajar terbaik sekolah dan aku hanya menjadi pelajar contoh kerana aktif dalam sukan dan akedemik serentak.Aku mengucapkan tahniah pada Khalif dan kami berdua beriringan berjalan melangkah keluar dari pintu gerbang sekolah.

"Isya..lepas ni,isya nak apply sambung belajar kat mana..?apa kata kita sambung belajar kat tempat yang sama nak tak..?"Khalif memulakan mukadimah..aku memandang Khalif..seperti ingin tahu.."kat mana tuh Khalif?"tanya ku pula..memandangkan akrab persahabatan yang dibina begitu utuh menjadikan aku senang sekali mendampingi Khalif,seorang lelaki yang mempunyai sahsiah diri yang cukup baik..pertuturan yang lemah lembut dan penuh berhikmah. kerana itulah ramai pelajar-pelajar wanita membencinya kerana rapat dengan Khalif.

"MESIR...Khalif nak ambil kursus Usulluddin,macam abang Khalif.."katanya sambil tersenyum memandangku.Aku resah..bukan aku tak mahu tapi aku dah ada agenda aku sendiri.
"SOrry lah Khalif,isya dah ada plan sendiri.isya nak sambung kat Australia.Isya nak jadi fashion designer."Khalif hanya menyambut jawapanku dengan senyuman yang tenang.."tak apalah kalau begitu,Khalif doakan isya dapat mengejar cita-cita isya dan jangan lupa email Khalif nanti disana,okey..?"aku mengangguk dan meneruskan perjalanan ke rumah masing.

***************************
(2tahun kemudian)

Khalif rajin menghubungiku melalui internet samada melalui laman email ataupun melalui yahoo mesenger.lebih setahun aku membalas setiap email yang dikirimkan,setiap hari ada sahaja dalil-dalil dan hadis yang dikirimkan untuk aku sebagai rujukan.Dia betul-betul mengamalkan dan melakukan yang terbaik di Mesir.dan aku disini hanyut dengan cara hidup yang berbeza. aku bebas melakukan apa sahaja tanpa pengawasan ibubapaku.Email telah lamaku abaikan. SOlat dan al-quran aku tinggalkan kerana aku terikut-ikut kawan-kawan yang merosakkan akidah aku.Air setan ku teguk dengan rakus dan aku menari-nari bebas di setiap kelab yang aku kunjungi. tapi pelajaran tidak kulupakan,kerana bagi aku,walaupun aku bersosial disini,aku tetap mahu pulang dengan kejayaan untuk family aku.


Sekembali aku ke tanah air,aku berubah menjadi gadis yang begitu up-to-date dengan peredaran zaman,memandangkan aku adalah fashion designer.Aku membuka butik dengan hasil titik peluh aku sendiri tapi aku masih tak meninggalkan dunia sosialku.Clubbing,karaoke dan meneguk minuman yang haram bagi umat islam.aku rasa seronok dan khayal sekali.

Satu hari,ketika aku sedang membeli belah,aku terserempak dengan Khalif..itu memang dia,dia menegurku dahulu.Dia semakin kacak dan tampan..Memakai kot dan tali leher berwarna coklat tanah senada,kena dengan kulitnya yang kuning langsat.
"Assalammualaikum,isya..lama kan tak jumpa..?betul ke ini isya yang Khalif kenal?"usiknya sambil menanggalkan cermin matanya."waalaikumussalam..hehe..memang ini isya lah Khalif..dah lupa ke..?sorrylah,isya tak perasan Khalif tadi"

Perjumpaan yang sekejap akhirnya berlanjutan dan mereka kembali berhubung.Khalif tahu segala yang dilakukan Farisya Nabilah melalui kawan baiknya IZham Syahid.Walaupun dia tahu Farisya Nabilah terlalu bersosial,dia tak pernah membenci gadis itu malah berikrar akan merubah gadis itu menjadi gadis yang baik.Hubungannya dengan Farisya Nabilah semakin akrab sehari demi sehari. Hatinya yang memendam perasaan menyukai Farisya Nabilah ditelan begitu sahaja,dia tak mahu nanti gadis itu membencinya dan menganggap dia punca hubungan ini musnah kerana perasaan yang terlampau itu.

Langit tak selalu cerah.Hubungan mereka menjadi hambar sejak pergaduhan besar yang berlaku ketika Khalif Hafifi memarahi Farisya Nabilah di lobi sebuah hotel yang ketika itu leka meneguk air haram bagi umat islam. Secara kebetulan dia berjumpa client yang meminta pendapat mengenai islam dan tak disangka-sangka akan bertemu Farisya Nabilah dalam keadaan begitu.Hancur hati lelakinya melihat gadis yang disayangi begitu.."Hubungan kita sebagai kawan putus"..itulah kata-kata terakhir Farisya Nabilah selepas dia dimarahi oleh Khalif..

Salahkah dia menegur seorang gadis melayu yang terpesong akhlaknya.Sahabat baiknya sendiri,dan gadis kesayangannya.??Malam itu Khalif Hafifi melakukan solat hajat berdoa diberikan petunjuk kepada gadis kesayangannya itu.Tiap malam dia bermunajat kepada ALLAH,sambil menangis kerana pilu.Berdoa supaya gadis itu berubah..kembali ke pangkal jalan.menjadi gadis muslimah sejati yang tak alpa dan leka suruhan tuhan.Kuasa tuhan semua berlaku pantas.

********************************************

setahun kemudian,Farisya Nabilah terlantar dihospital kerana memghidap penyakit yang kronik.Sebaik sahaja ibu bapa Farisya Nabilah menghubungi Khalif Hafifi..dia datang bersama keluarganya melawat gadis kesayangannya itu.Ibu bapa Farisya Nabilah hanya menangis melihat keadaan anakknya yang terdampar lemah disisi katil.Hati lelakinya merintih hiba melihat penderitaan gadis kesayangannya itu..sabarlah sayang..detik hati kecilnya..Setiap kali dia melawat Farisya Nabilah,tidak lupa untuk membacakan yassin disamping gadis itu dan bercerita mengenai penderitaan Rasullullah menahan kesakitan dan godaan syaitan.dia tahu gadis kesayangannya mendengar. hampir sebulan dia melakukan perkara yang sama sehinggalah Farisya Nabilah tersedar dari komanya.Farisya Nabilah terkejut melihat Khalif Hafifi yang berada disisinya.dia memalingkan muka,tanda tidak mahu berjumpa dengan Khalif Hafifi..lelaki itu sedikit pun tidak berkecil hati,selagi termampu dan terdaya dia akan cuba merubah gadis itu.

Berita tentang gadis itu sedar dari koma sampai ke pengetahuan kedua ibubapanya dan ibubapa gadis itu. Khalif Hafifi semakin kerap mengunjungi dan masih lagi memotivasikan gadis itu..walaupun Farisya Nabilah masih memalingkan muka dari memandang Khalif Hafifi.
Sehinggalah 1 hari,Farisya Nabilah bermimpi..ada 1 cahaya datang kepadanya..besar dan semakin dekat semakin kecil dan cahaya itu terbentuk di tapak tangan seorang pemuda..dia mengangkat wajahnya memandang wajah pemuda itu..tak mungkin dia..Khalif Hafifi..?? Farisya Nabilah terus tersedar dari mimpi..dilihatnya Khalif Hafifi sedang kyusuk membacakan kalimah ALLAH disisinya.Tiba-tiba air matanya mengalir deras..pilu dan sayu..mendengar tiap-tiap bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

Kedengaran Khalif Hafifi menghabiskan bacaannya dan tersenyum memandang gadis kesayangannya itu."Awak..saya balik dulu ia..nanti saya datang lagi..awak jaga diri awak baik-baik..saya sayang awak..maaf andai kata-kata saya ini menyinggung perasaan awak.saya sayang awak lebih dari nyawa saya sendiri.saya cintakan awak..tapi saya tak nak hubungan persahabatan ini putus..saya sanggup buat apa sahaja untuk awak,walaupun awak buang saya jauh2..tapi ingatlah saya sayang dan cintakan awak kerana ALLAH..assalammualaikum"sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya Khalif Hafifi melangkah keluar.

sejak dari itu,bayangan Khalif Hafifi tidak kunjung tiba.Mahu ditanya pada kedua ibubapanya,dia malu..kerana dialah Khalif Hafifi membawa diri..Dia merindui ayat-ayat al-Quran,hadis-hadis dan dalil-dalil yang dibacakan oleh Khalif Hafifi.Kini dia sudah pulih sepenuhnya. Walaupun penyakit itu semakin bermaharajalela ditubuh kecilnya tetapi dia tetap kuat menjalani kehidupan seperti orang lain.Butiknya diserahkan kepada sepupunya untuk mengambil alih..dia akan datang dan mengunjungi butik tersebut sebulan sekali.Dia merindui Khalif Hafifi..dimanakan lelaki itu..??masih marahkan lelaki itu padanya...?Dia merenung kembali gambar kenangan bersama Khalif Hafifi ketika zaman sekolah..air matanya menitik jua..maafkan aku Khalif,aku juga mencintaimu tapi kerana ego..aku buang kau jauh2..!

**********************************************

Hari ini hari ulangtahun kelahiranku yang ke-26 tahun..Butik aku dah berkembang dan mempunyai banyak cawangan di semenanjung malaysia. Ibu dan ayah ku baru pulang dari haji.Begitu juga ibubapa Khalif Hafifi.tapi dia semakin menyepi...
tit..tiit...tiiiit..telefon bimbitku menjerit riang menandakan ada 1 mesej masuk di peti inboxku
"Selamat ulangtahun kelahiran,moga panjang umur dan dimurahkan rezki buat sahabat baikku dan gadis kesayanganku..Sy doakan awk bhgia disamping orang tersayang..salam sayang,KH"
bEnarkah dia yang mengirimkan mesej itu..sungguh aku rindukan dia..sedang aku mengelamun diruang tamu,ada 1 suara memberi salam..aku menjawab lemah,kaki kuhayunkan ke pintu utama rumahku..Kelihatan ibu bapa Khalif Hafifi yang mengunjungi aku,"selamat ulang tahun Farisya Nabilah,ni ada hadiah dari Khalif Hafifi"..aku mengambil hadiah tersebut dan menjemput mereka masuk dan berbual bersama ibubapaku..aku membawa hadiah itu ke taman rumah ku,aku membuka pembalutnya dengan berhati-hati..cantik..sungguh cantik selendang itu,aku mengenakan di kepalaku..aku tersenyum dan sejenak senyumanku mati apabila aku mendengar 1 suara yang aku kenali dan kurindui.."awak memang cantik.secantik ciptaan allah..lagi cantik bila awak mengenakan selendang itu dan menutupi mata-mata syaitan dari pandangan yang bernafsu"


aku memalingkan muka dan badanku..betulkah dia..aku tersenyum.."KHALIL HAFIFI"ucapku sayu..laju air mataku menitis di pipi.terlalu gembira dan sedih bercampur aduk..diam seribu bahasa..aku ingin bersuara tetapi lidah ku kelu..akhirnya,dengan lafaz bimillah aku mengucapkan padanya.."bimbinglah saya dan kahwinilah saya Khalif "...dan aku akhirnya disatukan dengan dirinya..

**********************************************

sepanjang aku berkahwin dengan dirinya,aku dibentuk menjadi isteri yang taat pada suami,isteri yang mithali dan muslimah sejati..ada masa terluang aku dah Khalif Hafifi akan membaca al-Quran bersama dan solat berjemaah..selepas solat magrib suamiku akan membuat tazkirah sehingga masuk isyak.begitulah rutin harian aku sehingga aku disahkan mengandung. Khalif Hafifi sungguh gembira..tapi tidak bagi aku.bukan kerana aku tidak bersyukur dengan kurniaan zuriat ini tapi penyakitku..aku takut kehilangan dirinya..YA ALLAH,sungguh berat bebanan diriku.Kandungan aku masuk ke 5bulan,aku bertemu doktor pakar sakit puan untuk membuat rawatan susulan dan aku masih mengingati ayatnya yang cukup membuat aku sedih dan pasrah "kandungan puan dalam keadaan stabil sekarang,cuma masalahnya ada komplikasi nanti ketika puan bersalin,puan menghidap kanser servik dan akan membahayakan nyawa puan..puan betul-betul inginkan bayi ini.."aku menangguk lemah dan bersuara "saya akan sign surat ini doktor,sy nak bayi saya selamat walaupun nyawa saya jadi galang ganti".doktor Sufi hanya mengelengkan kepala..pesakitnya ini semakin meresahkan dirinya.."saya akan cuba sedaya upaya membuat yang terbaik.."


******
(9bulan kandungan)

Aku mengusap perutku yang makin membengkak..kandunganku sudah cukup 9bulan,hanya tunggu masa untuk mengeluarkan isinya.Benih cinta yang ku semai sejak setahun lalu bercambah dengan baik dan membibitkan rasa sayangku yang mendalam kepada suamiku,Khalif Hafifi.

Seorang lelaki yang aku kenal lebih 26 tahun dahulu ketika aku masih berada di darjah 3.Dialah sahabat baikku,dialah teman hidupku dan dialah suamiku.Aku meletak pen dan kertas yang siap aku karang sebentar tadi.Terasa seperti satu cucukkan kuat dirahimku.."YA ALLAH"
hanya itu yang mampu aku ucapkan dalam menahan kesakitan yang begitu perit.

aku pengsan dan dikejarkan ke hospital perubatan islam. Aku tersedar melihat suamiku tak putus berdoa dan membacakan ayat2 suci al-quran ditelinga ku..aku senyum dan terus senyum.."kuatkan semangat ia ya habibiku.."
6jam aku bertungkus lumus melawan segala keperitan di dalam bilik bedah..akhirnya..aku melihat diri aku lemah terkulai..dimana aku..??aku melihat semua nangis..suamiku,ibubapaku,ibu mertuaku dan juga sicomelku..anak ummi..aku mencapai anakku tapi kenapa tidak boleh..adakah aku sudah mati..??Ya ALLAH...maafkan aku semua tidak sempat meminta maaf...


******
Seminggu selepas permergian aku ke rahmatullah,suamiku Khalif Hafifi kembali bekerja seperti biasa.Sejak seminggu yang lalu,dia sentiasa menghabiskan masa dengan membaca yassin untuk insan yang disayanginya,Farisya Nabilah.Selesai sahaja dia membaca yassin,dia duduk dibirai katil sambil memerhatikan gambar perkahwinan mereka yang tergantung kemas di sudut dinding.Khalif Hafifi bangun dan menuju ke laci almari mencari album perkahwinan. Sungguh dia amat rindu pada isterinya.Sedang menjelajah dari 1 halaman ke 1 halaman,tiba-tiba terjatuh sepucuk surat dari album tersebut.Lantas Khalif Hafifi mengambil dan membacanya.

"Assalammualaikum,ya habibiku...

Ketika awk membaca surat ini,sy sudah tiada lagi dibumi Allah yang meninggalkan seribu makna buat sy.Terima kasih kerana sudi menjadi suami dan walid kepada zuriat hasil cinta kita. Pertama sekali,sejak lafaz akad nikah,sy bersyukur sgt2 dikahwinkan dengan insan bernama Khalif Hafifi sebagai suami sy.Maaf andainya, selama menjadi isteri awak sy tidak menunaikan tanggungjwab sy dengan sempurna. Sesungguhnya apa yang ditakdirkan pada kita memang ada sebab dan hikmahnya.

Khalif hafifi,maaf andainya merahsiakan penyakit ini.Sy mengetahui penyakit ini sejak sy mengandungkan putera kita lima bulan yang lalu. Sy inginkan dia melihat dunia ini,sy kuatkan semangat melawan penyakit ini..ini semua kerana awak..Kerana kasih dan sayang awak..Terima kasih sayang..Sejak kita menjadi kawan baik ketika kecil dulu,sy memang mempunyai hati dan perasaan pada awak,Khalif...tapi kerana ego seorang perempuan dan cita-cita yang diinginkan,sy pendamkan. Bila tahu awak menjadi lebih baik dari sy,sy malu untuk berkawan dengan awak,malu untuk awk lihat diri sy yang sebenarnya. Sy hilang arah..mujur awk menyedarkan sy secepat mungkin..Mungkin ini ujian yang diberikan pada orang seperti sy..Sy redha dengan ketentuan-NYA..

Sayangku,Janjilah dengan sy..awk akn membesarkan putera kita sebaik-baiknya..seperti yang kita angan2kan dahulu..mendidik dirinya menjadi insan yang berguna.Carilah seorang perempuan sebagai penganti diri ini..untuk sama2 membesarkan putera kita. carilah yang betul-betul ikhlas mencintai awk sebagai mana awk mencintai sy kerana ALLAH...sy merelakan sepenuh hati sy..kesatlah air matamu sayang..jangan ditangisi permergianku..mudah2an kita berjumpa disana...sy menanti awk di pintu syurga,Insya-allah dengan izin-NYa..Jangan lupa titipkan bacaan yassin setiap kali rindukan sy...sy akan sentiasa mendengarnya.."UHIBBUKAFIL'LAH"

mencintaimu kerana ALLAH.
Farisya Nabilah..

1 comment:

aque said...

wah... sangat besh la...
ada bakat jadi penulis novel nie..
lalalla...
wat la selalu yew...
aja2 fighting :D

Related Posts with Thumbnails