Apa khabar dan selamat pagi semua..moga hari ni semua dalam keadaan sihat,cergas dan ceria berbanding semalam..Hari ini aku nak menghapdetkan blog dengan isu menjadikan "Ex-Boyfriend/Girlfriend sebagai kawan".
Ok,lah..aku rasa korang yang nak jadikan hubungan yang lama itu tidak terputus ditengah jalan,dan untuk mulakan hubungan yang baru itu dengan positif, ikuti langkah-langkah tersebut. Moga boleh membantu korang dalam menyelesaikan kekusutan korang selama ni..
♥Berfikiran positif
setiap perhubungan memang ada pasang surutnya. walaupun sidia pernah menjadi kekasih kita dahulu,buangkan sifat dendam dan sakit hati yang masih ada saki-baki dalam hati kita. Bersihkan dengan menerima dia sebagai sahabat baru. Anggap perkara yang dah lepas itu sebagai kenangan atau sejarah yang tak akan kita ingat kembali. Berilah nafas baru dalam membina hubungan yang positif.
♥Jangan mengungkit kisah lama
Ini satu kesalahan besar bagi setiap pasangan yang berjumpa kembali Ex-boyfriend/girlfriend mereka. Tak salah jika kita bergurau kisah silam kita mungkin sekadar pengajaran dan jangan sekali-kali mengungkit hal yang telah lama takut nanti mengundang kemarahan dan menjadi perbalahan yang besar pada kalian berdua. Cubalah mengubah topik yang menarik tentang kehidupan dan kerjaya,mungkin boleh menjadi sesuatu topik hangat yang boleh dibicarakan.
♥Kenalkan pada pasangan anda
Jika anda sudah mempunyai pasangan baru,seharusnya ceritakan pada pasangan bahawa anda dan ex-boyfriend/girlfriend anda sudah kembali menjadi sahabat. Terangkan sejujurnya agar tidak berlaku salah faham. Jika boleh bawalah pasangan kamu bersama dan kenalkan mereka,siapa tahu mereka juga boleh menjadi kawan baik.
♥Elakkan berjumpa ditempat yang meninggalkan kenangan pada anda
Yang ini paling penting sekali,setiap kali berjumpa elakkan berjumpa di tempat yang dulunya kamu berkasih. Ini sekaligus boleh mengubah perasaan sayang anda dan pasangan mengingati masa lampau. Jika anda sudah mempunyai pasangan baru,mungkin ini akan menjejaskan hubungan anda dengan pasangan baru anda. Sentiasalah beringat,bahawa kenangan yang lama tak akan boleh kembali lagi dan setialah pada yang satu,khususnya pada yang begitu menyayangi kita seikhlas hati.
♥Menerima seadanya
Mungkin sidia sudah berubah,menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Jangan sekali-kali mengubah mereka seperti yang anda inginkan. Anda bukan kekasih mereka lagi,ingat!Terimalah sidia seadanya sebagai sahabat baru anda. Mulakan segalanya dengan nafas baru,ceria dan anggap mereka seperti sahabat-sahabat yang lain. Jika sidia bahagia bersama yang tersayang,seharusnya anda mendoakan sidia bahagia kerana berkemungkinan besar sidia juga melakukan yang sedemikian pada anda..saling bermaafan antara satu yang lain..Terimalah seadanya apa yang telah berlaku sebelum ini dan anggaplah ini permulaan yang baru dalam hidup anda...
SEMOGA BERJAYA...
p/s: ayat-ayat diatas diambil dari idea sendiri..ehhehee
No comments:
Post a Comment