Monday, February 1, 2010

Petua2 yang elok tok diamalkan..


Tiba-tiba pulak malam ini,aku teringat nak kongsi something yang aku rasa berguna pada korang..Petua ini boleh dijadikan panduan dan kalau rasa nak mencuba memang dialu-alukan...hehehe..jom kita sama-sama baca..

Khasiat bawang putih:

semestinya jarang orang suka bawang putih kan,tapi bawang putih ini banyak tau khasiatnya..contohnya kalau nak cantikkan kuku..kata atok HASSAN( atok aku ler)..kalau nak bagi kuku cantik dan kilat gunakan tembikar yang dah pecah,tembikar lama2..tapi sekarang susah nak cari..guna bawang putih la jadinya..hasilnya memang terbukti dan aku sendiri penah cuba..caranya..?ok..korang semua amik seulas dua bawang putih,belah dua..pastuh terus genyeh2kan kat kuku korang..dah rasa kilat stop la..memg pedih sikit..tapi hasilnya memuaskan....hehehe

Khasiat bunga cengkih: 


Kebiasaannya,kita tau bunga cengkih nih di letakkan dalam masakkan macam kari,sup2..dan macam2 lagi la kan..tapi menurut nenek Piah aku cakap(nenek aku plak.)..kalau nak bagi mulut kita berbau wangi..haa..nihla pilihan terbaik..amik sebiji dua bunga cengkih pastuh kulum..(hisap) sehingga terasa seperti berangin..korang akan rasa berangin dan wangi jer mulut korang..boleh gunakan kalau nak pergi dating atau bagi yang merokok..memang elok sesangat la..

Khasiat Bedak sejuk:


 Petua ini dah lama sangat dah dan biasa sangat kita dengar cuma malas nak buatkan..ehehe..sebenarnya bedak sejuk nih bagus tau untuk kulit kita..kata nenek Piah lagi..masa dia muda2 selalu pakai bedak sejuk untuk awet muda..betul..selain nak awet muda..fungsinya boleh meredakan tegangan kat kulit muka kita..muka kita nih kene gak istirehat jer bukan badan jer tau..amalkan setiap malam..tapi jangan la pakai tebal2 takut nanti bila kawan kat sebelah sedar dari tidur terus pengsan ingat ternampak paranormal yang luar biasa..huhu

Khasiat Hampas kelapa:


Bagi perempuan,rambut tuh mahkota kita..absolutely la kan..so,bagi perempuan yang menginginkan rambut yang lebat dan kilat..kebanyakkan menggunakan bahan2 kimia yang kadang2 boleh merosakkan rambut kita.sanggup berhabiskan duit sebab nak rambut yang cantik..lepas nih tak payah risau lagi..nih petua arwah ibu aku,puan Hazlina la..selepas korang tengok mak2 korang masak menggunakan kelapa sebab nak santan die kan.korang minta hampas kelapa..dari mak korang..lulurkan disekitar rambut korang pastuh biarkan dalam  setengah jam..kemudian bilas..amalkan la seminggu sekali,nanti hasilnya sangat2 wat korang teruja..kalo nak guna santan kelapa pon boleh..lulurkan di kepala..perap macam hampas kelapa jugak..amalkan selalu..insya-allah..akan tumbuh rambut yang lebat dan berkilat..



Oklah kawan-kawan..setakat ini sahaja..len kali aku sambung lagi petua-petua yang lain keyh..huhuhu...selamat mencuba...
=)


No comments:

Related Posts with Thumbnails