Hari ini,langit begitu cerah sekali..sempurna ciptaan ALLAH S.W.T, matahari memancar dengan penuh galaknya..burung-burung terbang bebas mengikut kemahuan mereka. Angin yang lembut dihembus syahdu dan diselangi dengan satu panorama kehijauan bumi disekeliling...
Semalam..perpisahan antara 5 sahabat yang pulang ke kampung halaman masing-masing kerana panggilan cuti semester bermula.YA..baru bermula..tatkala melangkah bersama menuju destinasi dimana akan berlaku perpisahan..tatkala itu satu perasaan sayu menjengah hati.Duhai hati sabar la ia..aku pun tak tahu kenapa.perpisahan semalan seperti perpisahan yang begitu sukar sekali..
Tanpa segan silu,berjujuran air mataku untuk melepaskan mereka..seperti tidak akan berjumpa lagi..Sungguh,aku amat pilu sekali...begitu aku sayangkan perhubungan persahabatan kita..Aku lupa sejenak,dimana aku berada..distesen bas..lantak lah..buat apa nak malu andai itu satu tanda kasih sayang yang tulus dari hati..
Sahabat..pulanglah dengan langkah yang baik..aku berdoa agar kita berjumpa lagi di semester akan datang..bersama semangat dan kejayaan baru.. Mudah-mudahan persahabatan kita kekal hingga hujung nafas kita..Tiada yang lebih bernilai dari semua harta yang ada selain nilai persahabatan yang ikhlas dari hati kita..Insya-ALLAH,dengan izin-NYA..hubungan persahabatan kita diredhaiNYA..
p/s:bila ingatkan balik semalam..wah..menangis tak ingt dunia..heheh..selamat bercuti kepada semua warga kolej lagenda,n9!
No comments:
Post a Comment