Wednesday, January 20, 2010

Nilai sebuah persahatan...

MySpaceassalammualaikum semua..



Di entri kali ini aku ingin meluahkan dan berkongsi dengan semua mengenai sesuatu perkara..isu ini boleh dibincangkan bersama dan dijadikan teladan..topik hangat pada hari ini adalah isu persahabatan yang ikhlas...

kita semua sudah maklum dan tahu bahawa didunia ini selain ahli keluarga,sahabat atau kawan-kawan adalah penting bagi mencorak sesuatu dalam kehidupan setiap manusia dimuka bumi ini.

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.

Jenis-jenis sahabat :

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme
    kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

ayat-ayat diatas aku searh di wikipedia..itu adalah dari konteks yang diberikan tapi bagi aku memang peranan seorang sahabat itu penting kerana ia boleh mencorakkan siapa kita sebenarnya,sama ada baik mahupun buruk. kebanyakkan masa kini,istilah sahabat dan nilai2 sahabat sudah berkurangan kerana sikap pentingkan diri dan tak memikirkan hati dan perasaan sahabat yang lain.kadang sukar untuk kita katakan sebagai sahabat itu sendiri.

acapkali kita tidak perasan bahawa,memang susah untuk menjaga hati sahabat, malah kita sering abaikan hati kita sendiri kerana terlampau ikotkan kata sahabat.aku sendiri pernah merasakan sakitnya ditikam oleh sahabat baik..dan dipermainkan seperti sampah.bila senang baru mencari dan bila kita susah dilayan kita seperti sampah yang dirasakan oleh baru digunakan.


Ada diantara kita memang diakui susah untuk menegur sahabat dikhuatiri akan kata2 kita akan menyakiti hati mereka,tapi pernahkan mereka memikirkan kata2 yang mereka utarakan pada kita sebenarnya duri dalam daging atau dalam konteks sebenar menyakiti kita.bila kita bersuara melampiaskan rasa tidak puas hati,dikatakan kita emosional dan terlampau ikotkan perasaan,tapi sedarkah mereka bahawa mereka sebenarnya telah menjadikan hubungan persahatan itu sendiri hambar...

aku sendiri tak faham kenapa perlunya mereka berasa seperti itu dan tak betul2 memahami situasi sahabat itu sendiri..memang susah untuk mencari sahabat yang sejati..sebab kita seringkali alpa dan leka kerana sahabat yang sejati itu berada disekelilingi kita tapi dilepaskan sebegitu sahaja..apa yang mampu dan paling penting berdoalah semoga sahabat kita itu sedar akan sikapnya suatu hari nanti..mudah2an..


5 cara memilih sahabat..mudah2an ini dapat memberikan sedikit sebanyak tips2 pada kita:
sebagaimana pesanan al-Qamah(salah seorang sahabat rasullullah) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia
adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia
suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima
dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima
dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula
menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta
menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya
dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat
yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam
dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

semoga persahabatan dan ukhuwah yang dibina kerana ALLAH S.W.T
insya-ALLAH..


p/s: sahabat yang baik akan selalu mendoakan kesejahteraan sahabatnye sendiri

6 comments:

Ery Is Me :p said...

oh begitu.. :)

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

hehhee...yepp..begitu.lah..

aBout My lifE *_> said...

hehe...ley2...abby bkal mnjadi seorg penulis yg berjya...hahahhahaa

aBout My lifE *_> said...

uit bakal penulis terhebat...hahahhaa
pndai ko mgayat ek...da biase mngayat ke..???
hhuhuhu.... anywy...best..bbbaaaiikkkkkk ppunnyeeeee,,,,,..!!!!!!!!!

Ery Is Me :p said...

yeeee.... abby jadik penulis ea.. waaaaa :DD

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

haha..penulis la sangat..kalo setakat kt blog nih..boleh la..hehe..tunujk ajar andy gakk..kui3..

Related Posts with Thumbnails