Friday, July 17, 2009

**mUhAsAbaH DiRi**

aSSAlammualaikum tawan2..


Act,aku xada papa nak tulis..saja mengisi ruang kosong dalam hidup aku..apa yang aku nak tulis kali ini..sume pasal kisah kehidupan..Lebih kurang 20 tahun aku mengenal erti dunia tapi sebenarnya aku tak mengenali erti kehidupan ini sepenuhnya..kenapa..??ermm..entahlah..aku sendiri pun tak dapat menafsirkan dengan kata2..kalau kita kaji balik apa yang pernah berlaku dalam hidup kita..semuanya adew sebab dan sejarahnya tersendiri..setiap hamba ALLAH yang lahir didunia ini adalah sama, cuma yang membezakannya adalah corak didikan dan pertumbuhan oleh setiap individu..Aku bersyukur sangat2 dilahirkan dalam keluarga yang menerapkan nilai2 agama oleh atuk dan nenekku..walaupun aku nih memang degil dan agak susah untuk dibentuk..bila aku fikir2kan balik apa yang pernah terjadi dalam hidup aku..memang aku menyesal sebab pernah menyalahkan takdir..

Aku dibesarkan oleh arwah ibuku yang ketika itu sudah bergelar ibu tunggal..aku memang bangga mempunyai ibu sebaik arwah..dia banyak mengajar aku erti kehidupan..dari arwah ibulah aku mengenal erti ketabahan,kegigihan,kesungguhan dan pengorbanan..kalau kita bilang jasa2 ibu kita memang tak dapat di hitung sama ada dengan penimbang berat ataw apa2 sekali pun kerana terlalu besar nilainya...kasih sayang yang pernah arwah ibu berikan memberi impak besar dalam hidupku..tanpa arwah ibuku,siapalah aku pada hari ini..terima kasih banyak2 ibu kerana bersusah payah melahirkan anak2mu ini dan membesarkan dengan penuh kasih sayang...

Tak semuanya indah dalam hidup kita..ada masa kita diatas dan ada masa kita akan berada dibawah..bak kata nenek dan atuk aku.."hidup ini ibarat roda..sentiasa berpusing dan terus berpusing..sekejap2 kita akan berada diatas..dimana ketika itu orang memandang,memuji dan menjulang kita hingga kelangit..sekejap2 kita akan berada dibawah pula..dimana ketika itu orang akan mencemuh dan mengutuk kita..."benar kata atuk dan nenek...
walaupun kadang2 aku nih memang selalu memberontak dan melawan kata2 mereka..tapi sedikit sebanyak kata2 yang mereka luahkan tersemat dalam kotak ingatan aku...bukan aku nak mengatakan bahawa aku nih adalah yang terbaik dan terhebat...tidak..semua tuh tak benar..sebab aku jugak hamba-NYA yang lalai dan alpa dengan dunia aku sendiri...

Kadang-kadang,bila time sakit atau ditimpa masalah atau malapetaka..time tuh la baru nak ingatkan tuhan dan sujud kepada-NYA..aku bukan nak cakap atau merujuk kepada sesiapa..tetapi diri aku sendiri..aku terasa berdosa sangat2 kepada ALLAH s.w.t. kerana menjadi hamba-NYA yang begitu menurut segala kemahuaan syaitan laknatullah..aku tak tahu kenapa aku menjadi begini..sejujurnya aku akui..apabila aku mengalunkan ayat suci Al-Quran..hati aku tersa sejuk dan damai sekali..aku merasa terlalu kerdil disisi ALLAH s.w.t..Subhanallah..sesungguhnya,ayat yang terkandung di dalam Al-Quran begitu indah maksudnya walaupun apabila kita mengalunkan tanpa megerti maksud tersirat...

Sungguh indah percaturan ALLAH s.w.t kepada hamba-NYA..aku bersyukur..kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumi ALLAH s.w.t. ini..apa yang aku karangkan disini sekadar luahan rasa hatiku..ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa...
insya-ALLAH..aku berdoa agar 1 ari nanti aku akan berubah sedikit demi sedikit memjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya..AMIN....

p/s: kesayuan hati bila terdengar azan berkumandang...



No comments:

Related Posts with Thumbnails