Tuesday, July 21, 2009

**HaRi yaNg INdAh**

MySpace ASSALAMMUALAIKUM tawan2ku...

Semalam hari yang indah dalam hidup aku..indah disini bermaksud aku bebas dari segala masalah yang aku alami sebelum ini..masalah apa ea..??haa..ingat lagi tak,pasal aku dan sahabat..??ALHAMDULLILLAH aku dan sahabat sudah berdamai dan berbaik semula dan kami merungkai masalah bersama..segala kekusutan yang aku dambakan akhirnya terlerai juga..aku bersyukur sangat2 dengan apa yang terjadi semalam..YA ALLAH..terima kasih kerana membantu hambaMU ini..syukur ALHAMDULLILLAH..

Walaupun tidak seperti dulu sekurang2nya aku tahu dari mana silapnya segala yang terjadi..semua ini terjadi kerana sikap yang aku tak sedari ada dalam diri aku sendiri..terima kasih sahabat dengan teguran mu..aku betul2 menghargainya..Benarlah kata arwah ibu,kalau kita nak tahu macam mana tanggapan orang terhadap kita,kita kena berani bersemuka untuk bertanya..jika perkara itu benar dan elok untuk perubahan dalam diri kita,tak salah kita ambil sebagai teguran yang berguna..Memang benar aku ini seorang yang keras kepala (degil),memberontak dan angin dalam diam..entahlah..aku pun tak sedar sebenarnya sikap aku begini pada mulanya..aku terima siapa diri aku dimata sahabat2ku..

Semalam,oleh kerana aku terlalu sedih dan gembira..aku SMS MR.RABBIT..menyuruh die datang ke kolej aku bagi aku berkongsi rasa hati..memandang die tengah demam dan berpuasa sunat..aku tak sampai hati..tapi akhirnya, MR.RABBIT datang juga ke kolej walaupun sekejap..aku amat terharu sangat2..dengan keadaan MR.RABBIT yang tak berdaya tapi sanggup bersusah payah..(sayang u r kind to me..luv u so much B)..katanya,die sanggup jika dengan ini die dapat membuatkan aku bahgia..YA ALLAH..sesungguhnya,ada lagi insan yang perihatin terhadap diri aku selain sahabat2ku..aku sungguh terharu..MR.RABBIT seorang yang istimewe buat aku..ALHAMDULLILLAH..kehadiran dirinya mengubah dan mewarnai hidupku dengan sebaiknya..betul2 rasa dihargai..TQ sayang..aku pun meluahkan segalanya pada MR.RABBIT dan aku akui diew seorang pendengar yang baik..

Selepas aku menemani MR.RABBIT membuka puasa,aku meluangkan sedikit masa dengan MR.RABBIT di tasik kolej aku..dan MR.RABBIT pulang dalam pukul 9.30 malam kerana die kerja shift malam hari itu.aku lepaskan dengan rasa berat hati..memandang dirinya demam dan batuk yang teruk..membuatkan hati aku bertambah2 risau.."YA ALLAH,KAU SEJAHTERAKANLAH INSAN2 YANG AKU SAYANG..KELUARGAKU,SAHABAT2KU,GURU2KU DAN INSAN YANG HADIR DALAM HIDUPKU..DAN RAHMATILAH MEREKA YA ALLAH...SESUNGGUHNYA,KAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG"..AMIN!!

MR.RABBIT begitu perihatin dengan kebajikan diri aku..dan aku begitu menyayangi dirinya kini..biarlah kenangan silam pergi bersama masa2 yang berlalu..aku berharap esok masih ada hari yang indah buat aku..INSYA-ALLAH..aku terima,apa yang tersurat dan tersirat dalam hidup ini sebagai takdir dari ALLAH..sesungguhnya aku hanya mampu berdoa dan bertawakal agar semua dalam keadaan baik..semakin hari aku berasa semakin sayu dan pilu..aku berasa ingin menghabiskan masa2ku dengan keluargaku,sahabat2ku dan orang aku sayangi..entah kenapa hati aku berasa sayu sekali..mungkin kerana "period pain" aku atau aku........huhuhu..

Aku berharap agar esok masih ada peluang untuk aku melihat alam ciptaan tuhan yang indah ini..siapa tahu kan ajal.maut,jodoh dan pertemuan di tangan ALLAH..jika ini yang direncanakan..aku bersyukur masih menjadi hamba-NYA yang ikhlas mencintai agamaNYA yang suci dan indah ini..

insya-ALLAH..bulan ramadhan yang akan tiba ini akan aku perbanyakkan ibadat dan mengubah diri jadi yang lebih baik..insya-ALLAH..doa2kan lah ea tawan2..


p/s: semakin hari semakin mengenali diri ini.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails