Monday, February 7, 2011

Genap 5 tahun..terlalu cepat masa berlalu pergi..

Assalammualaikum kawan-kawan..

Hari ini hari ahad...tiada apa yang aku lakukan hari ini..
disebabkan adik perempuan aku,jia nak pergi domino's pizza..
so aku pun temankanlah dia..

Seperti biasa, kereta Myvi hitam yang dah lama tak basuh tuh aku pandu..
*motip??saje gtau kete malas nk basuh*
diiringi adik aku dan kazen kecikku, azib..
tiba-tiba terasa bosan sangat..
so pantas jari aku menekan tombol bulat radio..
terdengar sayup2 suara DJ Faizal Ismail dan FaraFauzana menyampaikan informasinya..

terlalu lama kusyuk mendengar,
aku dikejutkan ulangtahun HOT.FM yang menginjak usia 5 tahun kini..
tapi bukan itu yang mengejutkan aku..

sebaliknya....
hari ini..

7 FEBUARI 2011..
Tarikh bermakna buat aku dan sekeluarga..
pemergian arwah ibuku seusia ulangtahun kelahiran radio popular tuh..

Ya allah..macam mana boleh lupe..
dush3x...isk..anak apekah aku ni..
terus hati aku sayu..
terkenang semua kenangan bersama arwah ibu..
lantas AL-Fatehah ku hadiahkan...

BUat ibuku:
 Ibu..
terima kasih kerana melahirkan anakmu ini dengan sempurna..
terima kasih kerana memahami anakmu ini dan mendidik anak2mu dengan berjaya..
terima kasih kerana menjadikan anak2mu sihat dengan susu dari tubuhmu.
mudah2an roh mu tenang disana..
ibulah ibu terbaik yang pernah kami ada...
terima kasih ya allah..kurniakan kami wanita ini sebagai ibu kami..
sayang ibu..



picca dr album lama..sedihnye..time ni...time ni kngan yg terindah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails