Saturday, January 30, 2010

++Kisah semalam++

0 Jom komen-komen

Hari ini,langit begitu cerah sekali..sempurna ciptaan ALLAH S.W.T, matahari memancar dengan penuh galaknya..burung-burung terbang bebas mengikut kemahuan mereka. Angin yang lembut dihembus syahdu dan diselangi dengan satu panorama kehijauan bumi disekeliling...


Semalam..perpisahan antara 5 sahabat yang pulang ke kampung halaman masing-masing kerana panggilan cuti semester bermula.YA..baru bermula..tatkala melangkah bersama menuju destinasi dimana akan berlaku perpisahan..tatkala itu satu perasaan sayu menjengah hati.Duhai hati sabar la ia..aku pun tak tahu kenapa.perpisahan semalan seperti perpisahan yang begitu sukar sekali..

Tanpa segan silu,berjujuran air mataku untuk melepaskan mereka..seperti tidak akan berjumpa lagi..Sungguh,aku amat pilu sekali...begitu aku sayangkan perhubungan persahabatan kita..Aku lupa sejenak,dimana aku berada..distesen bas..lantak lah..buat apa nak malu andai itu satu tanda kasih sayang yang tulus dari hati..

Sahabat..pulanglah dengan langkah yang baik..aku berdoa agar kita berjumpa lagi di semester akan datang..bersama semangat dan kejayaan baru.. Mudah-mudahan persahabatan kita kekal hingga hujung nafas kita..Tiada yang lebih bernilai dari semua harta yang ada selain nilai persahabatan yang ikhlas dari hati kita..Insya-ALLAH,dengan izin-NYA..hubungan persahabatan kita diredhaiNYA..


p/s:bila ingatkan balik semalam..wah..menangis tak ingt dunia..heheh..selamat bercuti kepada semua warga kolej lagenda,n9!

Tuesday, January 26, 2010

Cheer me Up!

4 Jom komen-komen

Petang yang sangat cantik cuacanya,cerah dan mendamaikan jiwa. Actually i want to share something that make me feel better today. Yesterday, i was chatting with my besh friend,andy in yahoo mesengger, just chitchat bout examination week nothing special but i got some good adviceses from him. He told me that,his lecturer gave "something" good to keep and remember to start a new change in our life..

I know, i'm very ungrateful with what i had in mylife..astagfirullahalazim..i'm not surpose to think like that. That can bring me too week and bring untrustworthy down to trust ALLAH. Forgive me Ya ALLAH.!think like that..so,yesterday bring me cheer up and think positive ever hopefully. When i know my assignmet didn't got A,and got pass only..my confident to struggle very hard in exam is down.No..!!!! deep in my heart,yess..i'm very sad and dissappointed with that.Before this i'll promise in myself to improve my pointer and my study..but..Now....everything was gone!

i'm very intrested with his word that make me think that no one in world alwayz successful without falling first.YEss..that right!.when we first time fail,second time still fail and the third time alwayz fail.it means that we plan a wrong planning.So,start a new plan with that.Maybe with the new planning can make us start with a first step to success..yeah...abby you can do it..!!!

SO,now ..it depends on ourself to change our life or still in the same stage..Now,i want to prove that to my self....."SUCCESS WITH A GOOD PLANNING" can change our life..i will remember that and keep as my inspiration! Good...

The words cheer me up:



Bila kau memandang segalanya dari 'Lecturer'mu
yang membuang 'masa kualiti' mu
yang mendera untuk 'redo' assignment mu
pasti akan selesa hidup 'student' mu
pasti akan damai hati kecil mu
kerana masakan 'dia' sengaja menjadikan 'itu' sia-sia.....
bukan 'dia' tidak tahu 'bz nyer' dunia 'student' mu
keciwa nyer hati kecil mu
tapi mungkin itu lah yg 'dia' mahukan
kerana 'dia' tahu
pelajar sebeginilah
selalunyer lebih mudah
dan mudah untuk 'score'
dan dekat dengan IMPIAN gred nyer
....Subhaanallaah....
----Walhamdu lillaah....
----Wa laa ilaaha 'ilallaah....
----Wallaahu 'Akbar---



p/s: Alwayz think positive....Ever!

"Saya cinta awak kerana Allah"

2 Jom komen-komen
MySpaceAssalammualaikum kawan2..selamat petang...

Hari ini aku tiba-tiba mendapat ilham untuk membuat cerpen..marilah kita hayati bersama..harap korang semua "enjoy" menghayatinya...jom..!

*************************************

Aku mengusap perutku yang makin membengkak..kandunganku sudah cukup 9bulan,hanya tunggu masa untuk mengeluarkan isinya.Benih cinta yang ku semai sejak setahun lalu bercambah dengan baik dan membibitkan rasa sayangku yang mendalam kepada suamiku,Khalif Hafifi.

Seorang lelaki yang aku kenal lebih 26 tahun dahulu ketika aku masih berada di darjah 3.Dialah sahabat baikku,dialah teman hidupku dan dialah suamiku.Aku meletak pen dan kertas yang siap aku karang sebentar tadi.Terasa seperti satu cucukkan kuat dirahimku.."YA ALLAH"
hanya itu yang mampu aku ucapkan dalam menahan kesakitan yang begitu perit. Setitik demi setitik air mataku jatuh ke pipi.Terimbau kenangan dan kisah silam di ingatanku..

*************
(20 Tahun yang lalu)


"Khalif,cepatlah..lambatlah awak ni berjalan,macam siput..kita nak kena hantar kerja kursus ni cepat!karang cikgu Rabiah tak nak terima lepas pukul 2.00 petang"..
aku menarik beg sekolah Khalif dengan cepat.Langkah ku hayunkan dengan pantas..

Khalif terkial-kial membuntuti Farisya Nabilah."Boleh tak awak jalan perlahan sikit,semputlah saya..cikgu tuh tak lari la,lagipun bukan jauh pun kelas kita dengan bilik guru.."Khalif hanya tenang melangkah mengikuti gerak langkah Farisya Nabilah.setibanya di bilik guru,mereka berdua menghantar kerja kursus tepat pada masanya.

Renungan guru kelas mereka menjadi sengehan yang panjang oleh Farisya Nabilah."Nasib baik kamu berdua hantar tepat pada masanya,isya..jangan nak tersengeh-sengeh aja,cikgu nak kamu berdua tingkatkan usaha untuk SPM nanti.cikgu tahu kamu berdua memang pelajar pintar tapi itulah masalahnya,suka melambat-lambatkan kerja".kata cikgu Rabiah panjang lebar..
"baik cikgu".jawab kami serentak dan terus keluar dari bilik guru dengan perasaa lega.

SPM semakin hampir,aku dan Khalif semakin rajin menelaah pelajaran.target kami untuk belajar diluar negara.itu janji kami pada diri sendiri..Hari yang ditunggu pun tiba,aku dan Khalif dapat melakukan yang terbaik dan akhirnya keputusan aku dan Khalif amat cemerlang tetapi Khalif lebih bernasib baik kerana menjadi pelajar terbaik sekolah dan aku hanya menjadi pelajar contoh kerana aktif dalam sukan dan akedemik serentak.Aku mengucapkan tahniah pada Khalif dan kami berdua beriringan berjalan melangkah keluar dari pintu gerbang sekolah.

"Isya..lepas ni,isya nak apply sambung belajar kat mana..?apa kata kita sambung belajar kat tempat yang sama nak tak..?"Khalif memulakan mukadimah..aku memandang Khalif..seperti ingin tahu.."kat mana tuh Khalif?"tanya ku pula..memandangkan akrab persahabatan yang dibina begitu utuh menjadikan aku senang sekali mendampingi Khalif,seorang lelaki yang mempunyai sahsiah diri yang cukup baik..pertuturan yang lemah lembut dan penuh berhikmah. kerana itulah ramai pelajar-pelajar wanita membencinya kerana rapat dengan Khalif.

"MESIR...Khalif nak ambil kursus Usulluddin,macam abang Khalif.."katanya sambil tersenyum memandangku.Aku resah..bukan aku tak mahu tapi aku dah ada agenda aku sendiri.
"SOrry lah Khalif,isya dah ada plan sendiri.isya nak sambung kat Australia.Isya nak jadi fashion designer."Khalif hanya menyambut jawapanku dengan senyuman yang tenang.."tak apalah kalau begitu,Khalif doakan isya dapat mengejar cita-cita isya dan jangan lupa email Khalif nanti disana,okey..?"aku mengangguk dan meneruskan perjalanan ke rumah masing.

***************************
(2tahun kemudian)

Khalif rajin menghubungiku melalui internet samada melalui laman email ataupun melalui yahoo mesenger.lebih setahun aku membalas setiap email yang dikirimkan,setiap hari ada sahaja dalil-dalil dan hadis yang dikirimkan untuk aku sebagai rujukan.Dia betul-betul mengamalkan dan melakukan yang terbaik di Mesir.dan aku disini hanyut dengan cara hidup yang berbeza. aku bebas melakukan apa sahaja tanpa pengawasan ibubapaku.Email telah lamaku abaikan. SOlat dan al-quran aku tinggalkan kerana aku terikut-ikut kawan-kawan yang merosakkan akidah aku.Air setan ku teguk dengan rakus dan aku menari-nari bebas di setiap kelab yang aku kunjungi. tapi pelajaran tidak kulupakan,kerana bagi aku,walaupun aku bersosial disini,aku tetap mahu pulang dengan kejayaan untuk family aku.


Sekembali aku ke tanah air,aku berubah menjadi gadis yang begitu up-to-date dengan peredaran zaman,memandangkan aku adalah fashion designer.Aku membuka butik dengan hasil titik peluh aku sendiri tapi aku masih tak meninggalkan dunia sosialku.Clubbing,karaoke dan meneguk minuman yang haram bagi umat islam.aku rasa seronok dan khayal sekali.

Satu hari,ketika aku sedang membeli belah,aku terserempak dengan Khalif..itu memang dia,dia menegurku dahulu.Dia semakin kacak dan tampan..Memakai kot dan tali leher berwarna coklat tanah senada,kena dengan kulitnya yang kuning langsat.
"Assalammualaikum,isya..lama kan tak jumpa..?betul ke ini isya yang Khalif kenal?"usiknya sambil menanggalkan cermin matanya."waalaikumussalam..hehe..memang ini isya lah Khalif..dah lupa ke..?sorrylah,isya tak perasan Khalif tadi"

Perjumpaan yang sekejap akhirnya berlanjutan dan mereka kembali berhubung.Khalif tahu segala yang dilakukan Farisya Nabilah melalui kawan baiknya IZham Syahid.Walaupun dia tahu Farisya Nabilah terlalu bersosial,dia tak pernah membenci gadis itu malah berikrar akan merubah gadis itu menjadi gadis yang baik.Hubungannya dengan Farisya Nabilah semakin akrab sehari demi sehari. Hatinya yang memendam perasaan menyukai Farisya Nabilah ditelan begitu sahaja,dia tak mahu nanti gadis itu membencinya dan menganggap dia punca hubungan ini musnah kerana perasaan yang terlampau itu.

Langit tak selalu cerah.Hubungan mereka menjadi hambar sejak pergaduhan besar yang berlaku ketika Khalif Hafifi memarahi Farisya Nabilah di lobi sebuah hotel yang ketika itu leka meneguk air haram bagi umat islam. Secara kebetulan dia berjumpa client yang meminta pendapat mengenai islam dan tak disangka-sangka akan bertemu Farisya Nabilah dalam keadaan begitu.Hancur hati lelakinya melihat gadis yang disayangi begitu.."Hubungan kita sebagai kawan putus"..itulah kata-kata terakhir Farisya Nabilah selepas dia dimarahi oleh Khalif..

Salahkah dia menegur seorang gadis melayu yang terpesong akhlaknya.Sahabat baiknya sendiri,dan gadis kesayangannya.??Malam itu Khalif Hafifi melakukan solat hajat berdoa diberikan petunjuk kepada gadis kesayangannya itu.Tiap malam dia bermunajat kepada ALLAH,sambil menangis kerana pilu.Berdoa supaya gadis itu berubah..kembali ke pangkal jalan.menjadi gadis muslimah sejati yang tak alpa dan leka suruhan tuhan.Kuasa tuhan semua berlaku pantas.

********************************************

setahun kemudian,Farisya Nabilah terlantar dihospital kerana memghidap penyakit yang kronik.Sebaik sahaja ibu bapa Farisya Nabilah menghubungi Khalif Hafifi..dia datang bersama keluarganya melawat gadis kesayangannya itu.Ibu bapa Farisya Nabilah hanya menangis melihat keadaan anakknya yang terdampar lemah disisi katil.Hati lelakinya merintih hiba melihat penderitaan gadis kesayangannya itu..sabarlah sayang..detik hati kecilnya..Setiap kali dia melawat Farisya Nabilah,tidak lupa untuk membacakan yassin disamping gadis itu dan bercerita mengenai penderitaan Rasullullah menahan kesakitan dan godaan syaitan.dia tahu gadis kesayangannya mendengar. hampir sebulan dia melakukan perkara yang sama sehinggalah Farisya Nabilah tersedar dari komanya.Farisya Nabilah terkejut melihat Khalif Hafifi yang berada disisinya.dia memalingkan muka,tanda tidak mahu berjumpa dengan Khalif Hafifi..lelaki itu sedikit pun tidak berkecil hati,selagi termampu dan terdaya dia akan cuba merubah gadis itu.

Berita tentang gadis itu sedar dari koma sampai ke pengetahuan kedua ibubapanya dan ibubapa gadis itu. Khalif Hafifi semakin kerap mengunjungi dan masih lagi memotivasikan gadis itu..walaupun Farisya Nabilah masih memalingkan muka dari memandang Khalif Hafifi.
Sehinggalah 1 hari,Farisya Nabilah bermimpi..ada 1 cahaya datang kepadanya..besar dan semakin dekat semakin kecil dan cahaya itu terbentuk di tapak tangan seorang pemuda..dia mengangkat wajahnya memandang wajah pemuda itu..tak mungkin dia..Khalif Hafifi..?? Farisya Nabilah terus tersedar dari mimpi..dilihatnya Khalif Hafifi sedang kyusuk membacakan kalimah ALLAH disisinya.Tiba-tiba air matanya mengalir deras..pilu dan sayu..mendengar tiap-tiap bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

Kedengaran Khalif Hafifi menghabiskan bacaannya dan tersenyum memandang gadis kesayangannya itu."Awak..saya balik dulu ia..nanti saya datang lagi..awak jaga diri awak baik-baik..saya sayang awak..maaf andai kata-kata saya ini menyinggung perasaan awak.saya sayang awak lebih dari nyawa saya sendiri.saya cintakan awak..tapi saya tak nak hubungan persahabatan ini putus..saya sanggup buat apa sahaja untuk awak,walaupun awak buang saya jauh2..tapi ingatlah saya sayang dan cintakan awak kerana ALLAH..assalammualaikum"sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya Khalif Hafifi melangkah keluar.

sejak dari itu,bayangan Khalif Hafifi tidak kunjung tiba.Mahu ditanya pada kedua ibubapanya,dia malu..kerana dialah Khalif Hafifi membawa diri..Dia merindui ayat-ayat al-Quran,hadis-hadis dan dalil-dalil yang dibacakan oleh Khalif Hafifi.Kini dia sudah pulih sepenuhnya. Walaupun penyakit itu semakin bermaharajalela ditubuh kecilnya tetapi dia tetap kuat menjalani kehidupan seperti orang lain.Butiknya diserahkan kepada sepupunya untuk mengambil alih..dia akan datang dan mengunjungi butik tersebut sebulan sekali.Dia merindui Khalif Hafifi..dimanakan lelaki itu..??masih marahkan lelaki itu padanya...?Dia merenung kembali gambar kenangan bersama Khalif Hafifi ketika zaman sekolah..air matanya menitik jua..maafkan aku Khalif,aku juga mencintaimu tapi kerana ego..aku buang kau jauh2..!

**********************************************

Hari ini hari ulangtahun kelahiranku yang ke-26 tahun..Butik aku dah berkembang dan mempunyai banyak cawangan di semenanjung malaysia. Ibu dan ayah ku baru pulang dari haji.Begitu juga ibubapa Khalif Hafifi.tapi dia semakin menyepi...
tit..tiit...tiiiit..telefon bimbitku menjerit riang menandakan ada 1 mesej masuk di peti inboxku
"Selamat ulangtahun kelahiran,moga panjang umur dan dimurahkan rezki buat sahabat baikku dan gadis kesayanganku..Sy doakan awk bhgia disamping orang tersayang..salam sayang,KH"
bEnarkah dia yang mengirimkan mesej itu..sungguh aku rindukan dia..sedang aku mengelamun diruang tamu,ada 1 suara memberi salam..aku menjawab lemah,kaki kuhayunkan ke pintu utama rumahku..Kelihatan ibu bapa Khalif Hafifi yang mengunjungi aku,"selamat ulang tahun Farisya Nabilah,ni ada hadiah dari Khalif Hafifi"..aku mengambil hadiah tersebut dan menjemput mereka masuk dan berbual bersama ibubapaku..aku membawa hadiah itu ke taman rumah ku,aku membuka pembalutnya dengan berhati-hati..cantik..sungguh cantik selendang itu,aku mengenakan di kepalaku..aku tersenyum dan sejenak senyumanku mati apabila aku mendengar 1 suara yang aku kenali dan kurindui.."awak memang cantik.secantik ciptaan allah..lagi cantik bila awak mengenakan selendang itu dan menutupi mata-mata syaitan dari pandangan yang bernafsu"


aku memalingkan muka dan badanku..betulkah dia..aku tersenyum.."KHALIL HAFIFI"ucapku sayu..laju air mataku menitis di pipi.terlalu gembira dan sedih bercampur aduk..diam seribu bahasa..aku ingin bersuara tetapi lidah ku kelu..akhirnya,dengan lafaz bimillah aku mengucapkan padanya.."bimbinglah saya dan kahwinilah saya Khalif "...dan aku akhirnya disatukan dengan dirinya..

**********************************************

sepanjang aku berkahwin dengan dirinya,aku dibentuk menjadi isteri yang taat pada suami,isteri yang mithali dan muslimah sejati..ada masa terluang aku dah Khalif Hafifi akan membaca al-Quran bersama dan solat berjemaah..selepas solat magrib suamiku akan membuat tazkirah sehingga masuk isyak.begitulah rutin harian aku sehingga aku disahkan mengandung. Khalif Hafifi sungguh gembira..tapi tidak bagi aku.bukan kerana aku tidak bersyukur dengan kurniaan zuriat ini tapi penyakitku..aku takut kehilangan dirinya..YA ALLAH,sungguh berat bebanan diriku.Kandungan aku masuk ke 5bulan,aku bertemu doktor pakar sakit puan untuk membuat rawatan susulan dan aku masih mengingati ayatnya yang cukup membuat aku sedih dan pasrah "kandungan puan dalam keadaan stabil sekarang,cuma masalahnya ada komplikasi nanti ketika puan bersalin,puan menghidap kanser servik dan akan membahayakan nyawa puan..puan betul-betul inginkan bayi ini.."aku menangguk lemah dan bersuara "saya akan sign surat ini doktor,sy nak bayi saya selamat walaupun nyawa saya jadi galang ganti".doktor Sufi hanya mengelengkan kepala..pesakitnya ini semakin meresahkan dirinya.."saya akan cuba sedaya upaya membuat yang terbaik.."


******
(9bulan kandungan)

Aku mengusap perutku yang makin membengkak..kandunganku sudah cukup 9bulan,hanya tunggu masa untuk mengeluarkan isinya.Benih cinta yang ku semai sejak setahun lalu bercambah dengan baik dan membibitkan rasa sayangku yang mendalam kepada suamiku,Khalif Hafifi.

Seorang lelaki yang aku kenal lebih 26 tahun dahulu ketika aku masih berada di darjah 3.Dialah sahabat baikku,dialah teman hidupku dan dialah suamiku.Aku meletak pen dan kertas yang siap aku karang sebentar tadi.Terasa seperti satu cucukkan kuat dirahimku.."YA ALLAH"
hanya itu yang mampu aku ucapkan dalam menahan kesakitan yang begitu perit.

aku pengsan dan dikejarkan ke hospital perubatan islam. Aku tersedar melihat suamiku tak putus berdoa dan membacakan ayat2 suci al-quran ditelinga ku..aku senyum dan terus senyum.."kuatkan semangat ia ya habibiku.."
6jam aku bertungkus lumus melawan segala keperitan di dalam bilik bedah..akhirnya..aku melihat diri aku lemah terkulai..dimana aku..??aku melihat semua nangis..suamiku,ibubapaku,ibu mertuaku dan juga sicomelku..anak ummi..aku mencapai anakku tapi kenapa tidak boleh..adakah aku sudah mati..??Ya ALLAH...maafkan aku semua tidak sempat meminta maaf...


******
Seminggu selepas permergian aku ke rahmatullah,suamiku Khalif Hafifi kembali bekerja seperti biasa.Sejak seminggu yang lalu,dia sentiasa menghabiskan masa dengan membaca yassin untuk insan yang disayanginya,Farisya Nabilah.Selesai sahaja dia membaca yassin,dia duduk dibirai katil sambil memerhatikan gambar perkahwinan mereka yang tergantung kemas di sudut dinding.Khalif Hafifi bangun dan menuju ke laci almari mencari album perkahwinan. Sungguh dia amat rindu pada isterinya.Sedang menjelajah dari 1 halaman ke 1 halaman,tiba-tiba terjatuh sepucuk surat dari album tersebut.Lantas Khalif Hafifi mengambil dan membacanya.

"Assalammualaikum,ya habibiku...

Ketika awk membaca surat ini,sy sudah tiada lagi dibumi Allah yang meninggalkan seribu makna buat sy.Terima kasih kerana sudi menjadi suami dan walid kepada zuriat hasil cinta kita. Pertama sekali,sejak lafaz akad nikah,sy bersyukur sgt2 dikahwinkan dengan insan bernama Khalif Hafifi sebagai suami sy.Maaf andainya, selama menjadi isteri awak sy tidak menunaikan tanggungjwab sy dengan sempurna. Sesungguhnya apa yang ditakdirkan pada kita memang ada sebab dan hikmahnya.

Khalif hafifi,maaf andainya merahsiakan penyakit ini.Sy mengetahui penyakit ini sejak sy mengandungkan putera kita lima bulan yang lalu. Sy inginkan dia melihat dunia ini,sy kuatkan semangat melawan penyakit ini..ini semua kerana awak..Kerana kasih dan sayang awak..Terima kasih sayang..Sejak kita menjadi kawan baik ketika kecil dulu,sy memang mempunyai hati dan perasaan pada awak,Khalif...tapi kerana ego seorang perempuan dan cita-cita yang diinginkan,sy pendamkan. Bila tahu awak menjadi lebih baik dari sy,sy malu untuk berkawan dengan awak,malu untuk awk lihat diri sy yang sebenarnya. Sy hilang arah..mujur awk menyedarkan sy secepat mungkin..Mungkin ini ujian yang diberikan pada orang seperti sy..Sy redha dengan ketentuan-NYA..

Sayangku,Janjilah dengan sy..awk akn membesarkan putera kita sebaik-baiknya..seperti yang kita angan2kan dahulu..mendidik dirinya menjadi insan yang berguna.Carilah seorang perempuan sebagai penganti diri ini..untuk sama2 membesarkan putera kita. carilah yang betul-betul ikhlas mencintai awk sebagai mana awk mencintai sy kerana ALLAH...sy merelakan sepenuh hati sy..kesatlah air matamu sayang..jangan ditangisi permergianku..mudah2an kita berjumpa disana...sy menanti awk di pintu syurga,Insya-allah dengan izin-NYa..Jangan lupa titipkan bacaan yassin setiap kali rindukan sy...sy akan sentiasa mendengarnya.."UHIBBUKAFIL'LAH"

mencintaimu kerana ALLAH.
Farisya Nabilah..
                                                                                "
 







Friday, January 22, 2010

Asignment ooooo Asignment...?

0 Jom komen-komen
MySpaceAssalammualaikum..sume

Hari ini adalah hari sabtu..hari yang memenatkan untuk aku..sepatutnya hari ini adalah hari istirehat untuk aku prepare for examination yang bakal aku duduki beberapa hari lagi..tapi disebabkan 1 masalah besar bagi aku..(bagi aku jer la..)..assignment programming aku masih tertunda lagi..aduhai..masalah betul aku kalau bab2 nak wat coding ni..sebab aku memang lemah programming..

korang nak tengok tak macam mane susahnye aku nak wat coding nih..kalau tak kerana kawan2 baik aku yang menolong...huhu..memang tak siap la aku pass level..baru pass..belum untuk "MERIT" and "DINTINCTION"..macam mana nih kawan2..?boleh tolong aku tak.?
Thanks la pada ANDY,AIZAT,REDHA,KAK INA, dan kawan2 yang lain yang banyak membantu aku memahami subjek ini serta menjayakan aku cuba untuk membuat yang terbaik..(terbaik ke..?huhu)..

hari selasa ini bersamaan 26 Januari aku akan menduduki exam subjek MR.VERRAIYAH iaitu "further electrical"..Ya allah..takutnya aku..sebab nak mengingati formula yang bagi aku cukup sukar bab2 menghafal ini,al-maklumlah..dah lama meninggalkan zaman2 kegemilangan dalam bab2 menghafal ini..walau apa pun,usaha mesti ditunjukkan..kata nak naikkan pointerkn..??so,tak salah untuk berkorban kan.?tol tak..?

**diam**

tiba2 hati aku rasa sayu..mengingati selama ini aku mensia-siakan masa dan tenaga tanpa belajar bersungguh-sungguh..aku sudah menghampakan orang yang aku sayang..tapi aku sudah cuba melakukan sehabis baik sehingga kadang-kadang aku merasakan sudah menyusahkan kawan2 baik aku sendiri..DAYAH,ALIA,dan AAI..maafkan aku teman kerana terlalu menyusahkan korang,selama ini aku benar2 tidak faham apa yang aku pelajari sepanjang 2 tahun aku berada dikolej ini,sehingga korang tak larat untuk menjawab pelbagai soalan dari aku,sehingga aku menaikkan kemarahan kamu teman..maafkan aku..maafkan aku..



**mengeluh**

Memikirkan masa depan yang tiada penghujungnya memang memenatkan kepala otak yang sedia serabut..buat masa sekarang aku kena fokuskan pada exam dan assignment yang masih tertunggak..Ya ALLAh..berilah aku petunjukku MU dalm segala perihal yang berlaku dalam hidup aku..mudah-mudahan dikabulkan doaku suatu hari nanti..
insya-allah...

p/s: menitis air mataku ketika mengingati segala kepahitan dalam hidup..

Wednesday, January 20, 2010

Nilai sebuah persahatan...

6 Jom komen-komen
MySpaceassalammualaikum semua..



Di entri kali ini aku ingin meluahkan dan berkongsi dengan semua mengenai sesuatu perkara..isu ini boleh dibincangkan bersama dan dijadikan teladan..topik hangat pada hari ini adalah isu persahabatan yang ikhlas...

kita semua sudah maklum dan tahu bahawa didunia ini selain ahli keluarga,sahabat atau kawan-kawan adalah penting bagi mencorak sesuatu dalam kehidupan setiap manusia dimuka bumi ini.

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.

Jenis-jenis sahabat :

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme
    kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

ayat-ayat diatas aku searh di wikipedia..itu adalah dari konteks yang diberikan tapi bagi aku memang peranan seorang sahabat itu penting kerana ia boleh mencorakkan siapa kita sebenarnya,sama ada baik mahupun buruk. kebanyakkan masa kini,istilah sahabat dan nilai2 sahabat sudah berkurangan kerana sikap pentingkan diri dan tak memikirkan hati dan perasaan sahabat yang lain.kadang sukar untuk kita katakan sebagai sahabat itu sendiri.

acapkali kita tidak perasan bahawa,memang susah untuk menjaga hati sahabat, malah kita sering abaikan hati kita sendiri kerana terlampau ikotkan kata sahabat.aku sendiri pernah merasakan sakitnya ditikam oleh sahabat baik..dan dipermainkan seperti sampah.bila senang baru mencari dan bila kita susah dilayan kita seperti sampah yang dirasakan oleh baru digunakan.


Ada diantara kita memang diakui susah untuk menegur sahabat dikhuatiri akan kata2 kita akan menyakiti hati mereka,tapi pernahkan mereka memikirkan kata2 yang mereka utarakan pada kita sebenarnya duri dalam daging atau dalam konteks sebenar menyakiti kita.bila kita bersuara melampiaskan rasa tidak puas hati,dikatakan kita emosional dan terlampau ikotkan perasaan,tapi sedarkah mereka bahawa mereka sebenarnya telah menjadikan hubungan persahatan itu sendiri hambar...

aku sendiri tak faham kenapa perlunya mereka berasa seperti itu dan tak betul2 memahami situasi sahabat itu sendiri..memang susah untuk mencari sahabat yang sejati..sebab kita seringkali alpa dan leka kerana sahabat yang sejati itu berada disekelilingi kita tapi dilepaskan sebegitu sahaja..apa yang mampu dan paling penting berdoalah semoga sahabat kita itu sedar akan sikapnya suatu hari nanti..mudah2an..


5 cara memilih sahabat..mudah2an ini dapat memberikan sedikit sebanyak tips2 pada kita:
sebagaimana pesanan al-Qamah(salah seorang sahabat rasullullah) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia
adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia
suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima
dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima
dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula
menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta
menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya
dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat
yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam
dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

semoga persahabatan dan ukhuwah yang dibina kerana ALLAH S.W.T
insya-ALLAH..


p/s: sahabat yang baik akan selalu mendoakan kesejahteraan sahabatnye sendiri

puisi itu...

0 Jom komen-komen
MySpaceassalammualaikum tawan2..n camat pagi semua..



hati aku tertarik pada serangkap puisi yang begitu dalam maksudnya..
ia diadaptasi dari sebuah filem yang pernah berada dipanggung wayang tahun 2009..
mesej yang disampaikan dalam puisi tersebut membuatkan aku rasa seperti berada dalam situasi yang digambarkan...hehehe..nak tau..??jommm..layan...

***********************************
Bisikku pada bulan,..
kembalikan..
Temanku,...

kekasihku...

syurgaku..

Tanpa dia,...

malam menemaniku..
Sepi memelukku..
bulan..
Jangan biar ia siang..
Biar alam ini kelam..
Biarkan ia sepi..
sepi sepertiku..



*********************************


memang agak rasa sayu bila bace puisi tersebut..so..fikir2kan lah maksudnya..ea...daaaa

mau titon..jap g klas pagi..ASSALAMMUALAIKUM semua..

p/s:diadaptasi oleh filem SEPI arahan afdlin shauki..kebanyakkan filem arahan beliau mengandungi mesej yang berguna..selamat menonton filem tersebut!



Tuesday, January 19, 2010

TesT oH TeSt....

3 Jom komen-komen

arggghh...(menguap)...jam di dinding menunjukkan angka 05.28 A.M..lokasi aku sekarang berada di rumah aai...lagi beberapa jam sajer lagi aku akan ada "PROGRAMMING TEST". subjek yang bagi aku amat sukar sekali nak faham..tambah2 lagi code2 die..maklumlah..xberapa nak pandai..sehelai demi sehelai note aku selak..muka surat demi muka surat.tapi..huh..satu pun tak masuk kepale otak pepagi nih..aduhai otak...

sambil menghilangkan rasa bosan yang mengila,aku menaip "facebook" di google..hehe...meneliti farmville aku yang dah semakin subur dengan tanaman..mula berangan dalam kepala.."kalau lah aku ader tanah dan tanaman yang subur camtuh..alangkah bagusnya..tak payah susah belajar"..fikiran mat jenin muncul tetibe..




**************************************************************

memandang sepi sahabat disebelah yang sudah lena dibuai mimpi indah..dah sampai paris kot..rasa jelez mula menghambat diri...tetibe aku rase semangat X-MAN muncul tok aku meneruskan perjalanan membace note...arghhh....(menguap lagi)...tak tertahan lagi...rengekkan manje mate aku semakin menjadi2..tak boleh2...aku kene lawan..aku menenyeh mate dengan kasar..haa...dah merajuk dah mate aku nih..tak per..lepas kelas..kte tdo ea sayang..kate aku pada mate kesayangan aku kurniaan tuhan yang tak ternilai...

meneliti dan terus menaip..study harus di mulakan semula..laman facebook dan blog aku tinggalkan sepi seketika.....demi TEST tercinta...dalam hati aku.."alahai..test ohhh...test"...


p/s: kemunculan kepada sesi pembaharuan...kot..

Thursday, January 7, 2010

**PeRUbahan yang baik**

2 Jom komen-komen


***************************************************

Sedang aku khusyuk melayan cerita di Tb 3.."memoir seorang lelaki"..tetbe..aku dengar sayup3 deringan merdu di handfown sony erricsson ...cm ader orang kol..detik hati kecil aku..nak kate Mr.raBbIt kol,die bZ..dayah kol kot..maklumlah die keluar jmpe abg die..hurmm..aku berlari anak menuju ke bilik aku..baru jerk nak angkat panggilan dah dimatikan..adusss..dah terlepas..aku tengok kat panggilan missed call..owh.tertera nama "adikku_ayid"..pelik..mgkin ader hal penting..hati aku dah cemas...



Deringan berbunyi lagi..kali nih dengan pantas aku menekan butang ijau..terus memberi salam..
"Assalammualaikum...akak.kat mane..??"ayid berkata..
"waalaikumussalam,dik..kt ostel la kenapa..?"balas aku pulak..
"owh..dah makan..?wat ape jerk tuh..?"... "blom..hehehe...no money la dik..hahaha...ayid kt mane..?cm bising jerk.." "eceh2..ea ker no money..heehe...ayid kt dlm tren ontheway g Kl"..katenye dengan suare gmbire..
"wat aper g Kl..??umah makndak ker..??bkn mggu lepas dah g kL ker.??ayid nih..atok n nenek tau x ayid kuar nih..??"aku dah mule isau..isk dak nih..ske2 jerk...
"blom..t kalo dah cmpai..ayid gtau la..jia pon xtau..hehehe..nih pon membr anta smpai Ktm"...katenya..jia tuh adik no dua aku..
"la..kang isau lak atok n nenek tuh ayid..xbek tau wat cmnih...isk3..dak nih..g Kl watper jerk..?skola cm mane..??"aku bertanya lagi...
"Ok jerk..sume ok..sjer nk g Kl..Umah no -2..hhaha..nenk ngn atok chat..cume biase lah kalo buat salah cikit jerk..dah mule bising..biola..fahamm..org tua..hati cepat sensetif.."..ak terpikir..bio benar adik laki aku nih ckp cmnih..??slalunye die nih pnas baran..xdgr ckp...pelik3...banyak dah tnde soal keluar dr otak aku...

"Akak..kite idop nih pon sementare jerk...xkekal abadi pon...sume nih pinjaman tok dunia..ilmu tuh penting kak..sekarang yang paling utame ilmu..adik nak blajr kat MESIR..adik ader kwan duk kt sane..."katenya...
"ha..??biar btol..??adik akak ckp cmnih..??ok..kalo ayid tol2 nak g MeSir..tunjukkan kt dorang..atok..nenek..pkcik mkcik kte yang ayid leyh bjaye..jangan men2..nih soal mase depan dik..akak tau adik lemah matematik kn..?taun nih nk SPM..so prove it.."kate aku pulak..cm bg inspirasi seorang ibu kepada anak..
"tuhla..adik nak blajr tol2..adik nak buktikan..adik nak g sane.."katanya lagi..hati aku berdetik..betulkah nih perubahan dalam hidup adik aku..??dah lame aku tak pulang ke klang melawat mereka..andai benarlah ini perubahan yang baik dalam hidup adikku..aku bersyukur sesangat..terima kasih Ya Allah..kau buka kan pintu hati adikku..

dalam perbualan tadi,adik aku ada jugak mengatakan yang die dah sedar sume nih dan perubahan ni sejak arwah ibuku meninggal lagi..tapi kali nih katenya..die dah matang.."ayid umur jerk mude tapi dah matang dah..dah leyh pk jauh.."aku betol2 rase terharu cmpai satu saat ble die bercakap pasal masa depan die..air mate aku menitik..sungguh die dah berubah...
Kalau lah arwah ibu dapat lihat perubahan nih..mesti die akan rasa bangga..anak kesyangannye dah berubah..dan matang..bleyh pk yang mane terbaik tok dirinya..



Setiap kejadian,musibah,masalah yang berlaku dalam hidup kita memg ader baiknya..baru aku sedar..tuhan nak membuktikan sesuatu dalam keluarga aku..dan DIA sudah mula menunjukkan 1 persatu dengan perlahan..mudah2an..apa yang dihajati adikku akan tercapai..Insya-ALLAH..
seharusnya kita tak boleh mengeluh dengan apa yang diturunkan..aku bersyukur menjadi hambaMU ya ALLAH...moga hari esok lebih baik dari hari ini...AMIN...

p/s:: Mudah2an adikku dapat mencari arah tuju idopnya akan datang!..akak doakan adik berjaya dalam idop..insya-ALLAH..

Monday, January 4, 2010

~JiWe KaCaW ~

1 Jom komen-komen
MySpaceAssalammualaikum tawan2

tak ada apa yang nak aku post kali ni..cume jiwe aku kacau...kenapa..??hurm..
.http://emo.huhiho.com
adalah perkara yang membuat hati aku tangkap sayu...
AKU rindukan arwah ibu..
kalo lah ibu ader lagi,
mesti dia akn dengar celoteh anaknye,
kongsi masalah bersama,
gelak tawa bersama,..
adusss....
sungguh aku rindukan saat itu semua..
tapi,mustahil bagiku tok bersama kembali.
http://emo.huhiho.com.


I miss U very much IBu...!!!!!
Al-Fatehah..
buat insan yang melahirkanku..
HAZLINA BTE HASSAN
http://emo.huhiho.com


p/s: merindukan zaman ketika hadirnya dirinya ketika sush senang,sakit dan happy..http://emo.huhiho.com.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tinggal 2009..SeLamat datang 2010...!

2 Jom komen-komen

::sAyONaRA 2009::

::wElCoME 2010::

Hari ini aku menghapdet blog lagi..apa yang aku buat hari ini..??hurm..nak tau ker..hehehe...before i'm late..i want to wish..HAPPY NEW YEAR..sedar xsedar dah 1 JANUARI 2010..selamat tinggal masa laluku 2009..huhuhu..sepanjang 2009,macam kenangan pahit,manis,masam berlaku..biaselah..tiap2 tahun ader jer kisahnyer..hahaha..
paperpun,mungkin tahun nih ader kisah yang baik dari aku..huhu..

malam new year aku hanya sambut dihostelhttp://emo.huhiho.com..duduk n dengar bunyi bunga api jer...sdihnyer..uhuk3..xkisah la..hari nih..dah masuk hari pertama untuk 2010..so,aku dan MR.rAbBit plan tuk keluar..hehehe...nak g mane ea..?haa..die kate "Jom kte g MInes...??"wah..aku yang terbatak kejap menjawab. "Jom.xpenah lagi g sane"..
maka,kami bertolak lah kedestinasi yang dituju..hehehe...http://emo.huhiho.com


smpai gak kt THE MINES..tapi memg jejauh la..sebab ikot jalan nk ker putrajaya..aku ase kematu gak la duk lame kt ats motow MR.RaBbIT..hahaha...aper yang mengagumkan aku..kt sane ader gondola yang membolehkan kte mengelilingi tasik kt sekitar shopping mall tuh..kalo nak tau memang pertama kali aku tengok dalam shopping mall ader tasik...memang cantik..hehehe..leyh men round2 sekitar tempat tuh...dan semestinye berbayar la..jauh jugak la perjalanannye,tapi aku tak berminat sangat tuk menaiki gondola tersebut...maybe next kot..!


::kacaK sUNgguh HErO INi::

so,kami shopping sikit la..dan menonton wayang cerite AVATAR..wah..besh gler beb!cter tuh aku bagi 5Bintanghttp://emo.huhiho.com...gler x..korang yang tak tengok memg rugi beb!!!..bek g tengok cepat2....nak suruh aku cerite..opsss..xleyh la..kang panjg lak blog nih..ehehe..
k la tawan2..mate dah nantokhttp://emo.huhiho.com..daaa....nunite n salam...

p/s :penulis berase happy sangat....n happy new year...!



Related Posts with Thumbnails