Friday, November 12, 2010

Hi My Sweetheart

Assalammualaikum kawan-kawan..

Semalam aku sempat menghabiskan drama Taiwan "Hi My Sweetheart" sebanyak 14episod..
memang besh gler la tgk..dari mula2 aku tengok tergelak2...
memang kelakar dan ade jugak adegen sedih..
memang menyentuh perasaan aku lah..
korang mesti tengok..
rugi sape yang tak tengok..

Disebabkan aku dah terdampar sorang2 kat hostel..
so keje aku layan muvie jerk la...
Ni pon pinjam CD dari dayah..
die dah balik dah tinggalkan aku sorang2..
sobsob..sedih la pulak.
yelah kan..dah abis belajar kan..
so semua pulang ke kampung halaman la..
aku jerk yang tak balik lagi sebab ader hal..

Keje aku kat sini,
makan dan tidur jerk..serius..
Hari ini aku telah berjaya hantar report projek..
alhamdullilah..selesai sudah.so..merdeka....~!

pelakon mereka yang comel dan ensem.


Sinopsis cerita :

Xue Hai ( Show Lo) seorang yang sangat Lurus bendul dan berpewatakan pelik, tidak digemari rakan-rakannya ketika belajar di Hangzhau. 
Sehinggalah dia bertemu dengan Buo Zhou (Rainie Yang) yang telah menyelamatkan dia dari dibuli oleh rakan sekolahnya dan membuatkan dirinya jatuh cinta pandang pertama. 
Setelah beberapa tahun kemudian, berlaku perselisihan faham dalam kisah cinta mereka yang membuatkan mereka terputus hubungan sekembali mereka ke Taiwan. 
Xue Hai menyangka Bou Zhou membuangnya dan mencarinya semula untuk membalas dendam.
Dimanakah kesudahan cinta mereka?


::show lo::

::Rainie Yang::

Ha..nak tau..??klik link bawah ni kalau nak download cerita ni..memang korang tak kan rasa menyesallah tengok..serius.. =)


Cerita ini sebenarnya adalah drama Taiwan bersiri.. 
Agak banyak gakla sebab ade 14 siri tapi memang besh..
sapa yang selalu tension or tak pernah nak keluarkan air mata, haa
aku sarankan tengok cerita ni..
Memang terapi yang sesuai buat korang..
 =)

Oklah nak sambung cerita taiwan lain pulak..
Nanti aku cerita lagi ye...


p/s: pelakonnye memang encem dan comel2..hehe..sobsob..sedih..sorang kat rumah..
hari ini hari ape ye..??gulp....jumaat..?

1 comment:

Related Posts with Thumbnails