Monday, October 17, 2011

Kerana Mulut tiada keberkatan Hidup . .

Assalammualaikum kawan-kawan dan selamat tengahari. . . 

Hari ini hari Rabu . .ops . .silap2. . hari selasa  bersamaan 18/10/2011 . .
Ada apa dengan hari ini.. ? 
Actually tak ada apa yang best pun pasal hari ini. .kerja berjalan seperti biasa.  . 
Hari arisa nak berkongsi rasa dan bertanya pendapat yang ikhlas dari korang semua. . 

Seperti yang kita sedia maklum, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita adalah  doa. .
Maka, bila dikatakan doa ianya akan termakbul dengan izin ALLAH S.W.T . .betul tak??


Andai kata yang keluar itu adalah perkataan yang baik-baik. .maka baiklah segalanya. . jika tiap perkataan yang dikeluarkan itu buruk / kesat . .maka sebaliknya yang berlaku . 

arisa bagi situasi yang membolehkan korang semua faham. .

1.Kawan-kawan, family menggunakan perkataan yang baik-baik.

-"kau tahu, aku sentiasa doakan kau hidup senang, bahagia  dan sihat selalu " (ini adalah contoh doa juga)
-"ibu bangga ada anak sebaik kamu dan ibu tak pernah menyesal melahirkan kamu . .mudah-mudahan ibu bahagia dengan mempunyai anak seperti kamu"(doa seorang ibu paling mustajab)

2.Kawan-kawan, family menggunakan perkataan yang kurang baik/kesat/tidak elok.

-"kau tuh bodoh, bebal . .patutlah kau jadi macam ni"(contoh ayat yang tidak elok ..ini dikira mendoakan juga org tersebut dgn perkataan yang kurang baik)
-"kau tak akan bahagia sampai bila-bila, tak akan dapat mendapat apa yang kau nak. .kau bodoh . .kurang ajar . .lebih baik mati dari menyusahkan orang tua"(jaga-jaga ye saudara dan saudari, perkataan yang paling mustajab dari yang mempunyai pertalian dengan kita adalah makbul, jika diizinkan ALLAH)

kenapa Arisa berkata demikian, sabtu lepas selepas melihat cerekarama bertajuk "bawaku ke syurga" telah membuatkan hati arisa terdetik . .dan berfikir. .selama ini banyak perkataan yang kurang baik digunakan dalam hidup arisa tanpa sedar-MasyaALLAh . .Ya ALLAH , ,ampunilah hambamu ini.

Kadang-kadang kita seringkali menyesali kenapa kita diberi ujian yang berat2. .seringkali kita salahkan takdir. .Astagfirullahalazim . zalimnya kita. .tapi cuba kita kaji balik . .kadang-kadang perkataan yang keluar dari mulut orang yang kita sayang tanpa sedar menjadikan salah satu hidup kita tidak diberkati. . 

Jika korang terperasan dikalangan kawan-kawan atau family korang mengeluarkan perkataan tersebut atau yang lebih kurang . .tegurlah . .jangan kerana mereka hidup kita ditimpa bencana seluruh hidup. .hidup penuh dengan makian yang berpanjangan . .NAUZUBILLAH. . 

Mintalah petunjuk dariNYA, mudah-mudahan kita akan diberkati . .Insya-ALLAH. . 

korang . .jom kongsi - kongsi dengan arisa. . macam mana nak tegur orang yang menggunakan perkataan tersebut dengan baik . .tak kisahlah dari kalangan keluarga atau teman2 kita. . .
Jom kongsi.-kongsi
=)


p/s:sesme lah kte menjaga perkataan . . smoga hidup kte dberkati . =)

1 comment:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

LOVE THIS ENTRY. kadang-kadang kita tak perasan ape yg kita cakap sehari2.sbb tu kita digalakkan utk berkata yang baik-baik.malah diam itu lebih baik dari berkata yang sia-sia. =)

Related Posts with Thumbnails