Monday, December 23, 2013

Rindu..Blogging..

0 Jom komen-komen
Assalammualaikum,

Terasa makin menyepi di alam maya. Saban hari hanya pandangan sepi ku titipkan diblog ini walhal terlalu banyak coretan dan lukisan yang ingin kucorakkan di blog kesayangan aku ni.

Hampir setahun lama nya aku menyepi...
Blog...Dulu adalah suatu kemestian buatku untuk menghapdet cerita terkini dan juga ilmu yang bermanfaat.
Sekarang??? Kekangan masa waktu bekerja dan juga tiada line internet dirumah.

Rindu..
Ye, rindu zaman berbloging,..
Berbalas kata dengan blogger yang lain...
Contest demi contest ku ikuti,
Blogwalking satu per satu blog yang penuh informasi.

Tapi kini...

*haishhh..* helaan nafas panjang...

In Shaa Allah, aku akan kembali aktif seperti dulu..Masih dalam perhitungan...

 :)

Pasti akan tiba....saat itu.. (^_^)

Thursday, May 23, 2013

Minat plus hobi baru dimasa senang . .

0 Jom komen-komen
Assalammualaikum kawan-kawan..

Sedang aku berblog walking, aku terbaca entri sahabat baik aku.. Farah Ketupat dan dalam entri beliau semalam promosi untuk bermakeup.WAhhh..sekali tengok namanya sejibik..opsss silap..sebijik and se-Clon name aku..hahahha
*perasan kejap*
Sebenarnya itu nama adik kesayangan beliau..tahniah...sudah menjadi mak andam.. Murah rezeki.. :)

Aku pun baru perasan hobi yang sama..iaitu make-up orang.. Mangsa pertama aku biasalah adik perempuan aku..G-jie Elmo..hihi..
Entahlah, sejak bila aku suka bermain kaler-kaler ni pun aku pon tak pasti.. Hahaha.. Ok la..aku tunjukkan gambar hasil make-up aku jerk la ye...

Pastu kalian komen2 la ye..daaaa..Selamat terhibur :)


Eyeshadow: Gold+Dark Brown
Compaq Powder:Pixie
Fakeyelash
Blusher:Mac
Lipstic : Victoria Secret
BB cream :Pixie & Mac

 With the beautiful women and model. ERRA FAZIRA :)

Yes..she so gorgeous and super duper nice Model.
 She pray and hopefully she will hijap permanently in her life one day.AMin :)
  
Erra Fazira ni sebenarnya Duta untuk produk batik. Kalau perasanlah kan, Baju adik aku dan Erra dari batik. Design dan keluar dari Desa Murni Batik yang baru sahaja membuka outlet di Malaysia yang ke-5. Jom jelajah dekat sini.. berada di seksyen 7 shah alam berhampiran Jackel dan Uitm Shah alam.
Boleh click sini : Butik Desa Murni Shah Alam

Harga yang berpatutan dan kalian tak akan menyesal untuk membeli..digital batik yang sekarang boleh dijadikan pilihan untuk baju raya atau event di mana-mana. Jom shopping di sini.


P/s: Ok la..nak balik kerja dlu..daaaa~!

Wednesday, January 30, 2013

Perkahwinan itu permulaan sebuah kehidupan..

3 Jom komen-komen
Assalammualaikum semua dan selamat petang,

Alhamdullilah, kita masih lagi dapat bernafas dimuka bumi ALLAH S.W.T ini sehingga kehari ini.
Tahun 2013 adalah tahun semangat bagi aku. kenapa ye?? Sebab tahun 2012 banyak meninggalkan parut dalam setiap tubuhku.. :)

Selama 24 tahun hidup dimuka bumi Allah S.W.T tiada sekali pun kite tak pernah menerima ujian dan dugaan dariNYA. sebab apa,? Ujian dan dugaan dariNYA mengambarkan betapa kita ini sebagai hambaNYA sangat disayangi.

Ops....out of topic pulak hari ni.sebenarnya aku nak bercerita mengenai perkahwinan. Kenapa pulak tiba-tiba nak cerita pasal perkahwinan ni kan..?Ha... In Sha Allah, jika dipanjangkan jodoh, aku akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. 2013 ..yeay~!!! Mudah2an dipermudahkan :)


Tengok gambar ni..sweetkan..korang nak tak macam ni..??

"Tak rasa muda sangat ke nak kahwin kot?"
"Beb, enjoy dulu la...apa barang kahwin awal."
"24 tahun? wow..ko nak habiskan hidup ko macam ni je??perghhh "

ataupun orang akan cakap macam ni,

"Alhamdullilah, dah sampai seru ko kot kahwin awal dari aku"
"Tahniahlah, ko dah nak kahwin, aku ni calon pon tak ada lagi"
"Baguslah menjauhkan apa yang haram..yang penting time ni lah dapat tambahkan pahala"


Sesetengah orang mengatakan perkahwinan ini adalah memperjudikan nasib masing-masing. Pada aku, perkahwinan ini adalah satu permulaan kisah hidup seorang insan dimuka bumi ini. Masa ini lah ujian akan banyak diberikan oleh tuhan sebab apa ye??

 ha.. mari aku terangkan satu- persatu  :-

1.Kehidupan berdua dan tanggungjawab sepenuhnya terhadap diri sendiri
-Maksudnye, selama kita membesar hanya mak dan ayah yang selalu memberikan apa yang kita mahukan dan tanggugjawab sepenuhnya terletak atas bahu mereka, tapi selepas ijab dan qabul tanggungjawab kita akan bertukar..dan kita pula dalam kedudukan mereka. Mencorakkan rumah tangga sendiri..seronok kan?

2.Bertolak Ansur dalam rumah tangga
-Ha..kalau kita masa kecik ataupun dengan adik beradik kita selalu nak menang dan tak nak kalah langsung. Nak mengalah pulak memang tak lah kan..Semua yang kita nak kita pastikan akan dapat memiliki walaupon meyakiti hati orang yang kita sayang. Tapi bila dah berumah tangga ni, haa...time nilah banyak cabaran dan dugaannya dan kita ni sebagai perempuan memang selalu kena beralah.. dengan siapa?? suami kesayangan kitalah..tak apalah beralah, syurgakan bawah tapak kaki suami..yang penting redha dia tuh yang kita dapat..kan kan kan?


3.Membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya
-Ini sudah menjadi suatu kemestian dan kewajipan bagi insan yang bergelar ibu dan ayah. Mendidik anak ni ibarat mencorakkan kain yang putih mengikut warna yang kita suka.Jika baik yang kita corakkan, maka baiklah hasilnya, jika tidak sebaliknya yang akan berlaku. Mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang sangat tinggi yang penting berlandaskan syariat islam :)

4.Mentaati Perintah Allah dan Suami
-Kepada sang isteri, mentaati suami adalah wajib.Jika kita mengingkari dan nusyuz, berdosa besarlah kita kepadaNYA dan mendapatkan keredhaan ALLAH dan sang suami itu amatlah payah. Sebenarnya mudah kalau kita nak masuk syurga dan jalan yang terbaik adalah mentaati perintah suami dan ALLAH S.W.T

5.Menjaga harta dan maruah Suami
-Saban hari kita dengar pelbagai cerita dan kisah didada akhbar yang mengatakan sang isteri curang dan sebagainya. Jika kita sebagai sang isteri yang taat, patuh serta bertanggungjawab dalam menjalankan setiap amanahnya..in shaa allah, tiada kes sebegini berlaku. Maruah suami adalah amanah kita. jangan sesekali kita calarkan. Murka juga yang kita terima :)

Indahnya jika cinta kita bersulamkan cinta Illahi, Cinta kite sesama manusia mendapat keberkatan dariNYA.
Mudah2an kita dapat menjadi muslimah yang baik dan juga seorang wanita yang taat pada perintahNYA.

Ingatlah, manisnya perkahwinan jika kita pandai menjaga dan mencorakkannya.. :)


*Cantik pulak tengok tudung die pakai, nak buat tok akad nikah la *

Terima kasih sebab sudi membaca (^_^)
Related Posts with Thumbnails