Thursday, July 28, 2011

MenJELma kEmBaLi KehaDiranNYa..

Assalammualaikum dan selamat pagi Jumaat..

Sedar tak sedar, tahun ini sudah hampir setengah tahun berlalu..terasa cepat masa berlalu dalam 2011 ni..
Aku terasa baru semalam Jan 2011..
Baru semalam berpisah dengan kawan-kawan kolej..
Baru semalam aku bermula kerja....

Sekejapnye....

Dan paling terasa, sudah menghampiri bulan yang mulia dan dinanti2kan umat islam seluruh dunia..
Iaitu bulan Ramadhan Al-mubarak...

Firstly aku mohon maaf sebab dah lama sangat tak hapdet blog kesayangan yang sudah mula ditumbuhi sawang2 tebal...dan kekurangan informasi semasa....
kekangan masa yang menyebabkan aku jarang menghapdet blog kesayangan aku ni..
Dan komitmen aku bekerja membuatkan  dah xlawat blog ni..
kesian2....
tibe2 rase nak delete blog ni....
tp....SAYANG la pulak..

Bagi aku, tahun ini adalah tahun yang cukup kuat dugaan yang aku kena hadapi seorang diri...
Mungkin Tuhan nak menguji sejauh mana kekuatan keimanan seorang hambaNYA didunia ini..
dan aku sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk diberi ujianNYA.

Alhamdullilah....
Sesungguhnya, Dia masih peduli kan aku...
aku saja yang mengabaikan suruhanNYA, Masya-ALLAH..

Lagi beberapa hari saja lagi Bulan kemulian akan menjelma..
Aku memohon maaf kepada semua blogger andai ada salah dan silap dari segi tutur kata ataupun tingkah laku aku sepanjang penulisan aku meluahkan rasa hati di Blog ni.

kadang2 kita sebagai manusia memang tak lari dengan dunia kotor yang tak dapat kita elakkan..
Fitnah..Mengumpat..Mencaci...Berdendam..Mendengki dan sebagainya...
sebab kita manusia biasa yang tak lari dari kesilapan tersebut..

Dengan kedatangan Ramadhan ini
..marilah kita sama2 bersihkan hati..
.,sucikan jiwa kearah kebaikan..
buang yang keruh dan ceduk yang jernih...
mudah2an tuhan memberkati kehidupan kita selepas ini..
Insya-ALLAH...

Oklah...esok aku keje pagi..
kalo berkesempatan..aku akan hapdet blog ini lagi..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

::muke innocent taun 2011::

1 comment:

Leen said...

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Related Posts with Thumbnails