Monday, February 22, 2010

EX-Boyfriend/girlfriend sebagai kawan..???

0 Jom komen-komen

Apa khabar dan selamat pagi semua..moga hari ni semua dalam keadaan sihat,cergas dan ceria berbanding semalam..Hari ini aku nak menghapdetkan blog dengan isu menjadikan "Ex-Boyfriend/Girlfriend sebagai kawan".

Acapkali kita dengar bahawa setiap hubungan terputus sebagai pasangan kekasih tidak boleh menjalinkan persahabatan kembali oleh kerana masih menyimpan sakit hati dan dendam dalam diri masing-masing. Memang diakui agak sukar memulakan sesuatu hubungan yang baru dalam persahabatan walaupun kita pernah menjadi salah seorang yang istimewa dihati pasangan itu suatu masa dulu.

Ok,lah..aku rasa korang yang nak jadikan hubungan yang lama itu tidak terputus ditengah jalan,dan untuk mulakan hubungan yang baru itu dengan positif, ikuti langkah-langkah tersebut. Moga boleh membantu korang dalam menyelesaikan kekusutan korang selama ni..

♥Berfikiran positif

setiap perhubungan memang ada pasang surutnya. walaupun sidia pernah menjadi kekasih kita dahulu,buangkan sifat dendam dan sakit hati yang masih ada saki-baki dalam hati kita. Bersihkan dengan menerima dia sebagai sahabat baru. Anggap perkara yang dah lepas itu sebagai kenangan atau sejarah yang tak akan kita ingat kembali. Berilah nafas baru dalam membina hubungan yang positif.

♥Jangan mengungkit kisah lama

 Ini satu kesalahan besar bagi setiap pasangan yang berjumpa kembali Ex-boyfriend/girlfriend mereka. Tak salah jika kita bergurau kisah silam kita mungkin sekadar pengajaran dan jangan sekali-kali mengungkit hal yang telah lama takut nanti mengundang kemarahan dan menjadi perbalahan yang besar pada kalian berdua. Cubalah mengubah topik yang menarik tentang kehidupan dan kerjaya,mungkin boleh menjadi sesuatu topik hangat yang boleh dibicarakan.

♥Kenalkan pada pasangan anda

 Jika anda sudah mempunyai pasangan baru,seharusnya ceritakan pada pasangan bahawa anda dan ex-boyfriend/girlfriend anda sudah kembali menjadi sahabat. Terangkan sejujurnya agar tidak berlaku salah faham. Jika boleh bawalah pasangan kamu bersama dan kenalkan mereka,siapa tahu mereka juga boleh menjadi kawan baik.

♥Elakkan berjumpa ditempat yang meninggalkan kenangan pada anda

 Yang ini paling penting sekali,setiap kali berjumpa elakkan berjumpa di tempat yang dulunya kamu berkasih. Ini sekaligus boleh mengubah perasaan sayang anda dan pasangan mengingati masa lampau. Jika anda sudah mempunyai pasangan baru,mungkin ini akan menjejaskan hubungan anda dengan pasangan baru anda. Sentiasalah beringat,bahawa kenangan yang lama tak akan boleh kembali lagi dan setialah pada yang satu,khususnya pada yang begitu menyayangi kita seikhlas hati.

♥Menerima seadanya

 
Mungkin sidia sudah berubah,menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Jangan sekali-kali mengubah mereka seperti yang anda inginkan. Anda bukan kekasih mereka lagi,ingat!Terimalah sidia seadanya sebagai sahabat baru anda. Mulakan segalanya dengan nafas baru,ceria dan anggap mereka seperti sahabat-sahabat yang lain. Jika sidia bahagia bersama yang tersayang,seharusnya anda mendoakan sidia bahagia kerana berkemungkinan besar sidia juga melakukan yang sedemikian pada anda..saling bermaafan antara satu yang lain..Terimalah seadanya apa yang telah berlaku sebelum ini dan anggaplah ini permulaan yang baru dalam hidup anda...

SEMOGA BERJAYA...


http://emo.huhiho.comp/s: ayat-ayat diatas diambil dari idea sendiri..ehhehee

Saturday, February 20, 2010

++TeDDy BEaR bEsAu PunYA++

0 Jom komen-komen

Hari ini aku nak menghapdetkan blog aku mengenai percutian aku ke genting Higland bersama buah hati dan member aku...Pada 8 Febuari 2010 aku, Mr.RaBBiT, mai dan Noh,pakwenya bertolak ke genting menaiki bus di kajang pada pukul 9.00pg..dan tiba di sana lebih kurang 2jam kemudian..selepas check in di First world,kitaorang meneruskan aktiviti bermain indoor and outdoor..

Memandangkan indoor tutup pukul 12.00,so,kitaorang ambil keputusan untuk bermain outdoor sepuas2nya sebelum beralih ker indoor...sebagai langkah melepaskan tension dari exam yang baru sahaja lepas..aku menyetujui rancangan mai untuk sampai ke sini..wah..memang kebetulan bukan cuti umum,tapi ramai pelancong yang melawati kota keriangan itu..kebanyakkannya dari negara ARAB,CHINA dan INDIA..siap ada pemandu pelancong lagi aku tengok.

Memang tempat ini tak sunyi dari pengunjungnya. Seterusnya, bende pertama yang kami naiki ialah spiderman,...wah..memang aku jerit giler2 la kan..tak macam kecut pulak perut aku walaupun sebelum ini pernah naik..dari satu tempat ker satu tempat aku main..memang tak ingt langsung lapar..hahaha

masing2 ingin berjimat,bekalan seperti milo sachet dan bubur serta maggi dah di beli sebelum bertolak lagi ke genting..al-maklumlah memang barang2 disana 2xganda di tmpat kita...apa yang buat aku rasa teruja dan terkejut bila aku main 1 permainan mancing itik..aku pun tak lah xcited mana sekadar melepaskan lelah..aku pun mengail lah itik yang berjumlah hampir 200 itik dalam kolam tuh..rata-ratanya dibawah itik tersebut ada nombor bertuah la...sedang2 aku mengail itik,so aku rasa itik ini yang aku patot ambil...bila tengok nombor dibawah itik tuh,adalah no 3...aku agak..aku akan mendapat hadiah kecik jer..xsangka aku dapat teddy bear yang besar...nak tengok tak..??dah sama saiz aku dah..hahaha

 
ehehhehe....berat jugak lah teddy tuh,aku kendong sepanjang berada di outdoor dan indoor..mai dan pakwenya juga tak ketinggalan untuk menyertai permainan tersebut dan kebanyakkan mereka hanya dapat yang cumel2 berlaka..paperpon.kitaorang enjoy habislah..nak tengok gambar kitaorang..ok...nihlah koleksinya.TaPi Gambar mai dan pakwenya aku tak sempat ambil banyak...

::Mr.rAbbIt & NoH::

 
::aKu & mR.RaBBiT::

 
::mE & mAi::

 
::gO kaRt::

 
::opS,MunYIt BeSAw::

 
::die jer Nak Duk CtUH:: 
  
::pON3...huhu::

Kesokkan harinya kitaorang bertolak balik ke kajang menaiki bus pada pukul 1.30 petang dan terus pulang kerumah masing-masing..aku pulak bersiap-siap untuk pulang ke klang dan dihantar oleh mR.RaBBiT..

end of story..huhu...

Wednesday, February 17, 2010

cuti SemesTer Yang Memeningkan..

0 Jom komen-komen

Apa khabar semua..??hurmm..aku harap korang semua cihat ea..dah lame sesangat aku tak hapdet blog nih..nih pon kebetulan adik aku pinjam maxis broadband MakSue aku,so..boleh lah on9 kejap..aku nak story sikit la aktiviti aku kat rumah nih sepanjang 2 minggu aku start cuti semester nih..mesti korang nak tau gak kan..huh..memang memenatkan...

pagi-pagi lagi aku dikejutkan untuk mengejut adik lelaki aku yang liat nak bangun untuk pergi ke sekolah..dah settle adik lelaki aku tuh..kene settle lak sepupu kecik aku tuh,ALEEYA untuk ke tadika dia pulak..tugas aku,menghantar dia ke tadika yang terletak lebih kurang 1Km dari rumah aku...hurmm..balik tuh..kmas2 rumah dah standyby untuk menyediakan makanan tengahri untuk semua...
pukul 12 lak..aku kene jemput sepupu aku tuh dari tadika dia pulak..kasi makan pastuh biarlah dorang main2 kat depan halaman..asalkan pintu pagar rumah berkunci..

itulah rutin harian aku...sejak dua minggu yang lalu..memang memenatkan..nak kerja part time..rasenyer dah terlambat sesangat dah..aduhai...sabarlah jiwa..lagi dua minggu dah boleh balik kolej..hahahaha...walaupepon,jadi "baby sitter " kekadang menyeronokkan..dan kekadang meletihkan...asalkan niat kita ikhlas nak buat bende tuh..tol x..??ok la..t aku hapdet lagi..daaaa...

assalammmualaikum...
Related Posts with Thumbnails