Wednesday, January 30, 2013

Perkahwinan itu permulaan sebuah kehidupan..

2 Jom komen-komen
Assalammualaikum semua dan selamat petang,

Alhamdullilah, kita masih lagi dapat bernafas dimuka bumi ALLAH S.W.T ini sehingga kehari ini.
Tahun 2013 adalah tahun semangat bagi aku. kenapa ye?? Sebab tahun 2012 banyak meninggalkan parut dalam setiap tubuhku.. :)

Selama 24 tahun hidup dimuka bumi Allah S.W.T tiada sekali pun kite tak pernah menerima ujian dan dugaan dariNYA. sebab apa,? Ujian dan dugaan dariNYA mengambarkan betapa kita ini sebagai hambaNYA sangat disayangi.

Ops....out of topic pulak hari ni.sebenarnya aku nak bercerita mengenai perkahwinan. Kenapa pulak tiba-tiba nak cerita pasal perkahwinan ni kan..?Ha... In Sha Allah, jika dipanjangkan jodoh, aku akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. 2013 ..yeay~!!! Mudah2an dipermudahkan :)


Tengok gambar ni..sweetkan..korang nak tak macam ni..??

"Tak rasa muda sangat ke nak kahwin kot?"
"Beb, enjoy dulu la...apa barang kahwin awal."
"24 tahun? wow..ko nak habiskan hidup ko macam ni je??perghhh "

ataupun orang akan cakap macam ni,

"Alhamdullilah, dah sampai seru ko kot kahwin awal dari aku"
"Tahniahlah, ko dah nak kahwin, aku ni calon pon tak ada lagi"
"Baguslah menjauhkan apa yang haram..yang penting time ni lah dapat tambahkan pahala"


Sesetengah orang mengatakan perkahwinan ini adalah memperjudikan nasib masing-masing. Pada aku, perkahwinan ini adalah satu permulaan kisah hidup seorang insan dimuka bumi ini. Masa ini lah ujian akan banyak diberikan oleh tuhan sebab apa ye??

 ha.. mari aku terangkan satu- persatu  :-

1.Kehidupan berdua dan tanggungjawab sepenuhnya terhadap diri sendiri
-Maksudnye, selama kita membesar hanya mak dan ayah yang selalu memberikan apa yang kita mahukan dan tanggugjawab sepenuhnya terletak atas bahu mereka, tapi selepas ijab dan qabul tanggungjawab kita akan bertukar..dan kita pula dalam kedudukan mereka. Mencorakkan rumah tangga sendiri..seronok kan?

2.Bertolak Ansur dalam rumah tangga
-Ha..kalau kita masa kecik ataupun dengan adik beradik kita selalu nak menang dan tak nak kalah langsung. Nak mengalah pulak memang tak lah kan..Semua yang kita nak kita pastikan akan dapat memiliki walaupon meyakiti hati orang yang kita sayang. Tapi bila dah berumah tangga ni, haa...time nilah banyak cabaran dan dugaannya dan kita ni sebagai perempuan memang selalu kena beralah.. dengan siapa?? suami kesayangan kitalah..tak apalah beralah, syurgakan bawah tapak kaki suami..yang penting redha dia tuh yang kita dapat..kan kan kan?


3.Membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya
-Ini sudah menjadi suatu kemestian dan kewajipan bagi insan yang bergelar ibu dan ayah. Mendidik anak ni ibarat mencorakkan kain yang putih mengikut warna yang kita suka.Jika baik yang kita corakkan, maka baiklah hasilnya, jika tidak sebaliknya yang akan berlaku. Mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang sangat tinggi yang penting berlandaskan syariat islam :)

4.Mentaati Perintah Allah dan Suami
-Kepada sang isteri, mentaati suami adalah wajib.Jika kita mengingkari dan nusyuz, berdosa besarlah kita kepadaNYA dan mendapatkan keredhaan ALLAH dan sang suami itu amatlah payah. Sebenarnya mudah kalau kita nak masuk syurga dan jalan yang terbaik adalah mentaati perintah suami dan ALLAH S.W.T

5.Menjaga harta dan maruah Suami
-Saban hari kita dengar pelbagai cerita dan kisah didada akhbar yang mengatakan sang isteri curang dan sebagainya. Jika kita sebagai sang isteri yang taat, patuh serta bertanggungjawab dalam menjalankan setiap amanahnya..in shaa allah, tiada kes sebegini berlaku. Maruah suami adalah amanah kita. jangan sesekali kita calarkan. Murka juga yang kita terima :)

Indahnya jika cinta kita bersulamkan cinta Illahi, Cinta kite sesama manusia mendapat keberkatan dariNYA.
Mudah2an kita dapat menjadi muslimah yang baik dan juga seorang wanita yang taat pada perintahNYA.

Ingatlah, manisnya perkahwinan jika kita pandai menjaga dan mencorakkannya.. :)


*Cantik pulak tengok tudung die pakai, nak buat tok akad nikah la *

Terima kasih sebab sudi membaca (^_^)
Related Posts with Thumbnails