Sunday, July 19, 2009

**AkU saYAnG saHAbATKU..**


Assalammualaikum tawan2..


syukur ke hadrat illahi..alhamdullillah..akhirnya,aku masih bernafas lagi di muka bumi tuhan ini..hari apa yang ingin aku karangkan mengenai sahabat baikku..aku perkenalkan dia sebagai sahabat sahaja..ringkas dan mudah..aku mengenali sahabat dari mula aku memasuki orientasi..tapi ketika itu aku tidak lah serapat mana..kerana tak mengenali dirinya sepenuhnya lagi..dia seorang sahabat yang baik dan rajin membantu kwan2nya dalam kesusahan..dari segi perwatakan dia seorang yang lemah lembut,caring dan manja orangnya..masuk semester ke-2 aku mengenali dia dengan lebih rapat oleh seorang akak yang juga satu orientasi aku dahulu..ketika aku berniat untuk pindah ke rumah akak tersebut,ketika itulah aku mengenali sahabat itu degan lebih rapat..

Kebetulan,aku dan sahabat ditempatkan satu bilik..sahabat yang aku kenali ini seorang yang amat menitik beratkan kebersihan...aku kagum dengan dia..kadang-kadang aku ditegur olehnya kerana aku ini jenis yang clumsy..aku terima teguran sahabat dengan hati yang terbuka..sahabat juga seorang yang pandai dalam serba serbi kerja..dari segi memasak,mengemas hinggalah kebersihan..pendek kata sahabat aku ini dah layak untuk title "BERKAHWIN"..Sedar tak sedar,sudah hampir 2tahun lebih aku dan sahabat berkawan..

Bak kata pepatah.."sedangkan lidah lgi tergigit,inikan pula sahabat dan aku"..walaupun aku dan sahabat memang rapat..tipulah kalau tak ada perselisihan faham..sedikit demi sedikit perselisihan faham terjadi antara aku dan dia..perselisihan faham yang kecil dapat dileraikan dengan mudah,alhamdullillah..tetapi..sejak dari semester yang lepas..hubungan aku dengan sahabat sudah mulai rengang..aku akui semester lepas memang sukar bagi aku..aku stress dengan assignment yang mengila dan test yang banyak..aku pun lihat sahabat juga busy dengan kerja-kerjanya..sehinggalah aku terpaksa tidur ke rumah member aku yang lain untuk menyiapkan tugasan yang diberikan lecturer..

Aku teringat satu insiden yang terjadi semester lepas..kebiasaannya aku akan memberitahu sahabat tentang pemergian aku ke rumah member2 aku yang lain..tapi pada hari aku betul2 terlupa dan kredit aku pulak dah habis..so,aku tak dapat memberitahu sahabatku bahwa aku tidur disana..keesokkan harinya,aku pulang ke rumah aku seperti biasa..bersiap2 untuk ke kelas..aku ditegur oleh sahabat yang menanyakan aku kemana malam tadi..aku menjawab bahwa seperti biasa..sahabatku itu marah dan terasa kerana aku tak memberitahunya dan membuatnya risau..aku akui aku bersalah dalam hal ini..aku sudah pun meminta maaf..dan sahabatku hanya mendiamkan diri..

Sejak dari itu,hubungan aku dengan sahabat pun makin rengang dan rengang..mungkin disebabkan aku atau......aku pun tak tahu..masuk jew semester baru aki ingat ingin bertemu dengannya dan meminta maaf jikalau aku ada menyakiti hatinya..tak sedap pula..duduk serumah dan sebilik tapi tidak bertegur sapa..tapi 1 masalah besar dalam hidupkku..aku tak ada kekuatan untuk bertentang 4 mata..bagaimana untuk aku leraikan ini semua..YA ALLAH..bantulah hambamu ini...

Hari ini,sahabatku pulang dari rumahnya ke hostel..niatku 1..aku membuka pintu bilik kerana tak mahu suasana yang gelap menyelubungi bilik tuh,,dan langsir aku sepit dengan kemas..oleh kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya..aku tutup tingkap..apabila sahabatku ini pulang..dia melihat pintu bilik terbuka..aku tahu dia marah kerana aku tak tutup pintu bilik..aku tak tutp pintubilik kerana aku masih ada dirumah..melainkan aku keluar..aku akui aku memang sering kali terlupa menutup pintu bilik..maafkan aku teman..sejujurnya..aku terasa kerana dia mengomel dengan nada yang mara tapi kata-katanya tidak jelas dipendegaran aku..aku tahu dia marah dan tak menyukai sikap aku..aku hormati pendirian sahabat yang tak memerlukan aku lagi sebagai sahabat..

Sejujurnya,aku tak tahu dimana silapnya hubungan ini..adakah kerana sikap aku..kata2 aku tuturkan kepada sahabat.."ya allah..ampunkan dosa2 aku ya allah..meyakiti sahabat sebaik sahabatku ini..aku betul2 meyayangi drirnya sepenuh hati aku..dan aku sanggup mati untuk dirinya.."
andai kau terbaca luahan isi hatiku ini sahabat..maafkan aku jika besar kesilapan yang aku buat padamu..maafkan aku sahabat..aku memang meyayangi dirimu..jika diberi peluang untuk aku tebus kesalahan aku..aku sanggup buat apa sahaja hanya untuk membuat kau bahgia sahabat...

Sungguh aku merindui saat bersama dahulu..semoga sahabat dirahmati oleh ALLAH S.W.T..insya-ALLAH...

p/s: tiap saat terpikirkan sahabat..

No comments:

Related Posts with Thumbnails